Ngaco hidup semula dalam bentuk digital

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ngaco, sebuah kisah yang mengisahkan kecelaruan isu-isu dalam sebuah keluarga Melayu, bakal menemui anda tidak lama lagi.

Dalam keluarga ini, ibu dan anak mengalami isu-isu kesihatan mental yang serius. Apa yang membuat keadaan lebih teruk ialah Rabiah, telah kehilangan suaminya, meninggalkan dia seorang diri bersama dua anak perempuannya.

Ngaco pertama kali dipersembahkan oleh Teater KAMi Limited pada 2014 sempena ulangtahun syarikat itu yang ke-25. Kali ini, ia akan sekali lagi diarah oleh Atin Amat, pengarah artistik Teater Kami.

Ngaco sepatutnya dipentaskan secara langsung oleh Teater KAMi Limited, tapi malangnya Covid19 melanda. Oleh itu, sebagai usaha untuk teruskan teater Melayu dalam pandemik ini, Teater KAMi Limited akan tayangkan Ngaco di wadah dalam talian!

Ngaco, yang dilakonkan oleh Amirah Yahya, Suhaila M Sanif dan Suhaili Safari akan ditayangkan pada 19 hingga 21 November, 3 petang dan 8 malam. Anda boleh dapatkan tiket-tiket di sini.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s