Walaupun sudah berdekad Singapura dijajahi British, masyarakat kita tetap taksub dengan orang putih! Dalam episod pertama, kita dapat lihat bahawa watak Azlan Martins yang dibawa oleh Bobby Tonelli ni sebenarnya ketua keluarga dalam drama ini.
Ye lah kan, orang putih je boleh kaya. Ada bisnes. Gajikan orang Melayu lain. Orang Melayu sendiri mana mampu. So terpaksa Suria agung-agungkan bangsa mat salleh ni!
Tapi mujur watak ni mampos dalam episod pertama! Geli sis dengar si dekni cuba berbual Melayu tak seberapa. Kalau mereka ambil pelakon Melayu, kan senang?
Dah lah Melayu dia tak seberapa (but ok let’s compliment Tonelli kerana mencuba) ditambah pulak dengan watak anak pertama mereka, Sarah Martins (Hanan S. Helme Al-Johary), yang berada di Australia demi segulung ijazah.
Yang ni pelik sikit. Belajar kat Australia tapi sanggup muncul dalam video call lewat malam waktu Singapura. Kalau Singapura malam, bukan ke Australia like pagi gila nak mampui? Mungkin dia belajar hingga larut malam kot. Sampai subuh? Husnuzon vibes only.
Adiknya pula, Eva Martins (Sabrina Nasir), seorang acah-acah influencer yang asyik guna duit daddynya.
Dan apabila suaminya meninggal, berkecamuk dunia keluarga ini!
Syarikat Azlan habis lingkup dan mereka mungkin terpaksa jual rumah dan harta mereka. Tapi ada plot twist… rumah mereka tidak boleh dijual (or something)!
Watak Juliana Rashid (Nurul Aini) amatlah SUS sekali! Adakah dia perempuan simpanan Azlan? Seludup wang syarikat? Punca syarikat ini gulung tikar? Banyak sangat persoalan!
Di mana akan mereka menginap kalau Juliana take over the house? Apa yang akan terjadi kepada pengajian Sarah? Dapatkah Eva menampung pembelanjaan keluarganya dengan gaji sebagai influencer?
Secara terus terang, episod pertama Tai Tai Berkecai ini mengajak sis untuk menonton episod-episod akan datang. So sis harap ia tidak akan membosankan!
[…] ini sebab mengapa 7 Penjuru sebuah drama yang meletop? Jika dibandingkan drama lagi satu yang bersiaran di Suria tu, lakonan dan mutu skrip dalam drama 7 Penjuru ini lebih meyakinkan dan realistik. Tengok drama […]
[…] Tahukah anda bahawa orang yang sama ni juga pelakon Suria bagi drama Tai Tai Berkecai? […]
LikeLike
[…] satu Singapura apabila video pendek babak drama Tai Tai Berkecai dikongsi di Instagram dan Twitter Pengkritik […]
LikeLike
[…] ini sebab mengapa 7 Penjuru sebuah drama yang meletop? Jika dibandingkan drama lagi satu yang bersiaran di Suria tu, lakonan dan mutu skrip dalam drama 7 Penjuru ini lebih meyakinkan dan realistik. Tengok drama […]
LikeLike