Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pempengaruh terkenal setempat, Hanan Sheikh Helme Al-Johary, awal minggu ini mengongsi sebuah siaran Instagram yang bertajuk, “INI BUKAN SIARAN BAHAGIA”.
Apa yang menarik perhatian ramai warganet ialah kepantasan atau kebolehan pengguna Instagram @phsha ini untuk memahami artikel mengenainya yang tertera di Berita Harian.
Ini kerana walaupun meraih markah A2 dan B untuk peperiksaan peringkat ‘O’ dan ‘A’ masing-masing, Hanan mendapati dirinya sukar menelaah tulisan itu.
Menurutnya, wawancara itu berlaku dalam Bahasa Inggeris, dan untuk membacanya dalam Bahasa Melayu, apa lagi diterjemahkan dengan tepat, membuatnya mengambil masa untuk memahami artikel itu.
Beliau menyoal dirinya bagaimana itu berlaku pada dirinya walhal Bahasa Melayu itu BAHASA IBUNDAnya. Hanan juga berasa kecewa dan sedih akibat ini.
Tetapi, itu tidak menjadi penghambat bagi jelitawan ini untuk terus mengasah penggunaan Bahasa Melayunya!
Tahukah anda bahawa orang yang sama ni juga pelakon Suria bagi drama Tai Tai Berkecai?
Yes! Tak apalah kalau tak fasih Melayu, yang penting ada bakat berlakon, ‘X-factor’ dan pandai hafal skrip!
Lagipun, watak Sarah Martins dalam drama bersiri ni merupakan anak kacukan Melayu dan Omputeh. Jadi… sesuailah untuk Hanan, yang tidak begitu lancar berbahasa Melayu.
Kami harap selepas ini, lebih banyak drama dan deals Hanan akan dapat. Semoga boleh berbual Melayu macam air, bak kata pepatah!
Kalau Hanan ada masalah tafsirkan blog ini, boleh guna Google Translate ye!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram @phsha & Facebook Mediacorp Suria)
[…] tidak, video itu merupakan kali pertama warganet Melayu setempat melihat jelitawan setempat, Hanan S. Helme Al-Johary, berlakon di kaca TV saluran […]
LikeLike
[…] dikelolakan oleh 3 orang hos, pelakon baru Hanan serta dua jejaka yang Min tidak kenal tetapi agak popular di socmed. Seorang daripadanya pelakon […]
LikeLike
[…] seperti biasa, lakonan Hanan sebagai Amira agak mengecewakan. Dia bergerak pun macam tak kena, apa lagi kalau dia bukak […]
LikeLike