Warganet terpukau dek lakonan hebat Hanan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tergoncang satu Singapura apabila video pendek babak drama Tai Tai Berkecai dikongsi di Instagram dan Twitter Pengkritik Sandiwara!

Apakan tidak, video itu merupakan kali pertama warganet Melayu setempat melihat jelitawan setempat, Hanan S. Helme Al-Johary, berlakon di kaca TV saluran Suria!

Tapi, siaran blog ini bukan pasal Hanan saja. Ayuh kita lihat apa yang berlaku pada episod 2-4 drama bersiri terbaru ini!

Apabila mendapat tahu bahawa suaminya sudah meninggal dunia, tiga beranak itu terus terfikir pasal harta. Takde babak sedara-mara datang melawat, atau babak di kubur.

Pelik sekali sebab selalunya bila watak meninggal, Suria pasti ada babak pengebumian. Ini menimbulkan kemusykilan… The Martins ni… Islam ke Selam?

Farah Martins pula, taksub dengan menyimbah air ke arah orang lain. Sehinggakan Juliana Rashid (Nurul Aini) ambil tindakan guaman.

Yang peliknya pasal guaman is… watak Erwin Ismail ni sebenarnya apa? Pada mulanya sis fikir dia PA or like orang bawahan jek, tapi tiber dia peguam Juliana???? Konpius!

Setelah menumpang di rumah Mak Mah, Farah tergerak hati untuk mengemas. Tapi tulah, vacuum ‘rosak’, dia pun beli vacuum baru. Dyson uolss V11. Tu kan seribu lebih??? Dia ni pokai ke tak? Keliru sis. Yang bestnya, dia ada diskon, bayar $650 je! 11.11 Sale pun kalah.

Sebelum itu, dia ada gadai barang kemas dia. Kesemuanya! Dia dapat balik $10,000 jek. So… betul ke diorang ni taitai? Gadai barang kemas dapat 10k? Tu nenek-nenek biasa gadai barang kemas diorang pun boleh cecah jumlah tu. So… nenek kita pun taitai ke?

Si Sarah pulak terpaksa gantung ijazahnya sebab takde wang nak sambung belajar. Terpaksa ambil wang pinjaman. Oleh kerana bunga terlalu tinggi, dia tak jadi. Kesian eh, kaya-kaya tapi terpaksa belajar kat uni merepek di Australia. Kalaulah dia boleh dapat masuk uni local atau yang diiktiraf Mendaki, boleh dapat TTFS! Dia confirm layak sebab dah takde source of income.

Sedihnya, watak Sarah ni lah paling sensible sekali dalam drama ni, tapi… lakonan Hanan amat kekok dan menyedihkan. Bak kata warganet, “buang duit je Suria ada rancangan cari bakat tapi guna pelakon kaku”.

No comments, luv.

Bagi watak Eva pula, dia masih kurang matang dan tidak boleh terima hakikat bahawa dia kini tidak boleh hidup mewah.

Mujur sekali, pakwenya ada tempat tinggal untuk dia berteduh. And of course, sex was on the table. Tapi oleh kerana ini drama Suria, watak-watak dalam drama ni are not sex positive dan sex menjadi isu sensitif dan taboo kerana kita ni masyarakat Melayu walaupun watak Eva ni boleh dianggap liberal Muslim.

Ok lah, at least dia ada pendirian. Mungkin drama ni boleh menjadi wadah untuk kita bincangkan tentang topik ‘consent’!

Sis masih menunggu masanya di mana Suria punyai watak yang sex positive, belum kahwin, dan tiada bala menimpa mereka. Kan relevan pada masa kini?

Ok, itu saja. Cuma persoalan is… siapa wartawan yang menemuramah mereka bertiga? What is happening?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s