Nadirah bongkar gejolak emosi bab agama

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Adakah anda seorang yang aktif melibatkan diri dalam kegiatan anjuran kelab persatuan Muslimin, di universiti mahupun di politeknik… atau anda seorang yang cuba sedaya upaya untuk elakkan daripada bergaul dengan ahli-ahli Muslim Society atas sebab-sebab tertentu?

Tak kisahlah anda lebih cenderung pada pihak yang mana, yang penting, karya Alfian Sa’at, ‘Nadirah’, yang dipentaskan The Instant Cafe Theatre Company, pasti menyentuh jiwa anda.

Kisah hidup Nadirah mula berkecamuk apabila ibunya (seorang Peranakan) ingin berkahwin semula dengan seorang jejaka Christian, yang tidak ingin memeluk Islam. Beliau rasa khuatir sama ada ibunya akan murtad dan meninggalkan Islam seperti kehidupannya sebelum perkahwinan bersama bapa Nadirah.

Manakala di sekolah, beliau merupakan Naib Presiden (and also pakwenya) Persatuan Islam yang tidak setuju dengan pendapat Presidennya mengenai isu berdakwah di kampus sekolah.

Rakan karibnya di uni pula seorang wanita Islam liberal yang tidak ingin mendekati kegiatan kelab Persatuan Islam kerana takut dipandang rendah kerana pakaiannya, kelakuannya dan pemikirannya.

Ini membuat Nadirah mempunyai konflik dalaman kerana terpaksa melalui pelbagai rintangan dan menyoal dirinya sebagai seorang wanita Islam.

Melihat lakonan Sharifah Amani dan Neo Swee Lin sebagai sepasang ibu dan anak begitu serasi sekali. Tidak kekok dan tampak semula jadi!

Dan apabila babak-babak sedih muncul, pasti anda akan menitiskan airmata kerana perbualan yang tercetus antara mereka membuat penonton terfikirkan hubungan mereka bersama tuhan, dan sama ada orang lain berhak menyoal keagamaan orang lain, perhubungan mereka dengan tuhan, cinta terhadap orang lain dan macam-macam lagi.

Adakah agama suatu yang peribadi atau awam? Dan bolehkan kita menentukan sama ada orang lain harus memeluk sesuatu agama? Dan walaupun ilmu agama kita tinggi, patutkah kita memandang rendah terhadap mereka yang tidak warak? Dan sekiranya kita tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh, adakah orang-orang warak penyebab kita jauhkan diri daripada agama?

Saksikan rakaman pementasan Nadirah, arahan Jo Kukathas sempena Tokyo Festival di Jepun pada 2016 yang boleh didapati dalam talian hingga Ahad ini. Antara pelakon lain yang menjayakan Nadirah adalah Iedil Dzuhrie Alaudin, Farah Rani dan Patrick Teoh.

Tiket-tiket bermula pada harga RM15!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Gambar tangkap layar The Instant Cafe Theatre Company)

p.s.

Sekarang interfaith dialogue kat NTU semakin kerap kot? Dan NTUMS pun dah tak strict sangat sksksks

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s