Setelah enam dekad berkecimpung dalam dunia seni dan hiburan setempat, usaha dan bakti Rahimah Rahim diiktiraf dengan anugerah gemilang Pingat Budaya (Cultural Medallion) oleh Majlis Seni Kebangsaan (National Arts Council) di Istana semalam.
Anugerah itu disampaikan Presiden Halimah Yacob.
Dalam siaran Instagramnya, Rahimah Rahim atau juga dikenali sebagai Kak Gerl, menulis bahawa beliau dengan rendah hati dan berbesar hati menerima anugerah ini.
Menurut artikel Berita Harian, penerima Pingat Budaya menerima piala dan akses memanfaatkan sehingga $80,000 daripada Dana Pingat Budaya bagi melaksanakan projek atau inisiatif seni yang terus mencorak landskap seni Singapura.
Wow, mungkin ada konsert solo? Album? Kelas vokal? Apa yang akan Kak Gerl lakukan dengan dana ini?
Tahniah dan semoga seni hiburan setempat akan lebih gemilang! Minggu ini, kita stream Rahimah Rahim only!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: NAC/IG Rahimah Rahim)