Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sebagai seorang dewasa, kita sering mengajar anak-anak kita pelbagai perkara. Dari tata tertib, tabiat dan banyak lagi.
Namun, kadangkala, anak-anak itulah guru sebenar kita. Mereka sering mengingatkan kita tentang beberapa perkara yang kita alpa.
Contohnya, catatan Nurul Aini di Instagram tentang anak sulungnya.
Dalam siaran itu, Nurul mengongsi bahawa anaknya Shan Ehan telah meminjamkan wang kepada rakannya yang tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makan dan minum semasa waktu rehat di sekolah.
Anak lelaki pelakon itu berkata bahawa dia mengambil balik 20 sen sebagai bayaran agar rakannya tidak dimarahi guru kerana belum membayar.
Shan telah melakukan ini sepanjang tahun tanpa pengetahuan ibunya.
Pada masa yang sama, Nurul Aini memberitahu anaknya bahawa dia tidak mahu anaknya membohong kepada gurunya mengenai bayaran dan menasihati anaknya untuk beritahu perkara sebenar secara privet.
Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial
Di akhir siaran yang meraih hampir 26,000 sukaan dan lebih 300 komen itu, Nurul Aini menulis bahawa beliau mempunyai seorang anak berumur 11 tahun yang mengingatinya agar murah hati dan baik hati kepada semua tanpa menunjuk.
Aduh… murninya hati Shan! Sesungguhnya, Shan telah dibesarkan oleh ibu bapa yang baik sekali untuk berkelakuan sebegini. Semoga Shan akan terus menjadi anak yang soleh!
Untuk Norfasarie pula, dia mengongsi luahan hatinya atas keputusan PSLE anak sulungnya.
Dalam catatan itu, Norfasarie berasa kecewa terhadap dirinya kerana berdiam diri apabila Mika Baihakki menunjukkan keputusan PSLEnya.
Norfa meletakkan jangkaan terhadap anaknya melalui pengalamannya sendiri yang telah menduduki PSLE mungkin lebih 20 tahun lalu. Apa yang menarik sekali, Norfa beralih dari sekolah madrasah ke sekolah bulatan dan hanya mempunyai satu setengah tahun untuk siapkan diri untuk PSLE.
Norfa mengaku bahawa dia gagal untuk beri anaknya sokongan apabila keputusan ditunjukkan.
Tapi itu semua sudah berlalu, dan Norfa akan berjuang demi cabaran akademik seterusnya buat Mika, bersama.
Masa untuk Norfa beri fokus kepada anak kedunya pula, Moza!
Kepada ibu bapa di luar sana yang baru dapat keputusan PSLE anak, ingat ya PSLE bukan segala-galanya! Anak anda telah berjaya menamatkan PSLE dan melangkah ke tahap seterusnya, so Alhamdulillah!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: IG Nurul Aini, Norfasarie)
[…] Norfasarie bandingkan PSLE dirinya dan anaknya […]
LikeLike
[…] Norfasarie […]
LikeLike
[…] adalah Nurul Aini yang menonton siaran langsung GV9 melalui sebuah lelaman Facebook kedai emas. Difahamkan bahawa […]
LikeLike