GV9: Hazrul Nizam di tempat kedua, Nurul Aini kantoi tonton cetak rompak

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penonton Singapura dikejutkan tatkala nama Hazrul Nizam diumumkan sebagai peserta kedua dalam Ada Lagu Ada Lagi di episod kedua Gegar Vaganza 9.

Ini bermakna, penyanyi asal Singapura itu menduduki tempat kedua pada minggu kedua peraduan realiti anjuran Astro itu.

Ini merupakan satu lompatan yang amat drastik sekali kerana beliau menduduki di tangga yang terakhir di minggu pengenalan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kaulah Segalanya menyanyikan lagu Untukmu Ibu nyanyian asal Exists. Hazrul meraih markah sebanyak 79.8%, hanya 0.2% di belakang Tomok dengan markah setinggi 80%.

Rakan-rakan artis di Singapura turut memberi sokongan kepada peserta yang mewakili Singapura di pentas GV9.

Antaranya adalah Nurul Aini yang menonton siaran langsung GV9 melalui sebuah lelaman Facebook kedai emas. Difahamkan bahawa siaran tersebut adalah siaran cetak rompak.

Nurul Aini juga giat menyokong Hazrul Nizam

Fuad Rahman, yang merangkul Anugerah Juara Next Level Digi berada di tangga ke-11 dengan markah sebanyak 57.9%.

Roy Kapilla tersingkir pada minggu kedua GV9.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Astro Gempak, Nurul Aini)

7 comments

Tinggalkan komen