Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Lebih kurang seminggu ke persembahan, tiket-tiket akhirnya laris terjual.
Apa yang Min maksudkan adalah sketsa di antara dua TikToker terhebat, iaitu Juffri Alui dan Sham Rahman.
Dua lelaki sado lagi kacak itu bakal beraksi secara LIVE di Yo:Ha Tampines. Dalam persembahan berjudul Unfinished Business itu, mereka berdua bakal berentap antara satu sama lain.
Difahamkan tiket-tiket itu mula dijual seawal bulan Ogos. Mungkin dengan penukaran lokasi menyebabkan tiket untuk laris dijual.
Selain persembahan mereka berdua, penonton juga boleh menonton aksi-aski lain pada 7 Oktober nanti. Di Instagram Unfinished Business, difahamkan terdapat 4 perlawanan yang lain.
Antaranya adalah:
- Rihanul Rahman lawan Amirul Thaqif
- Azizi Anuar lawan Scxrface
- Hazyq Danieal lawan Randall Tan
- Hairul lawan Naqiib
Nampaknya, apa yang bermula sebagai salah faham antara Juffri dan Sham telah menjadi satu saga yang melibatkan orang ramai juga!
Kepada korang yang tonton, nanti share k?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Unfinished Business)