Socmed Juffri Alui digodam, hotel ditempah

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini, akaun socmed sensasi TikTok setempat, Juffri Alui, digodam.

Menurut jejaka berbadan sado itu, ianya bermula apabila akaun aplikasi Agoda miliknya digodam! Dia mula sedar bahawa terdapat pembayaran yang dibuat melalui aplikasi Agoda kepada hotel di Indonesia.

Menurut komen di siaran di bawah, Juffri mendapat balik 70% wang yang lesap.

Dan oleh kerana dia mempunyai kata laluan sama buat kesemua akaun-akaunnya yang lain, akaun socmednya turut menjadi mangsa.

Tatkala ingin memasuki akaun Instagramnya, dia ditendang. Bukan itu saja, e-melnya turut ditukar, akaun yang diambil alih itu mengikuti akaun-akaun lain, menghantar mesej kepada wanita dan macam-macam lagi.

Apabila sudah mendapat balik akaunnya, Juffri menerima pemberitahuan bahawa mereka cuba menggodam akaunnya lagi. Dan penggodam ini berpangkalan di Riau.

Penyanyi itu mengakhiri video TikTok/IGTV itu dengan memberi nasihat kepada orang ramai agar menggunakan kata laluan yang berlainan untuk setiap akaun agar dapat mengelak peristiwa yang dialaminya.

Ha, korang tu, password STRONK ke tak? Jangan buat main tau benda ni!

Lewat-lewat ini, kepopularitan Juffri Alui melonjak di TikTok atas kandungannya yang menarik!

Juffri sering membuat kandungan tentang ‘mat’ kepada pengikutnya seramai 16k di TikTok. Kandungan yang relevan, kelakar dan dekat dengan hati belia Melayu ini menarik perhatian ramai.

Dalam lawak jenakanya, Juffri juga menimbulkan isu-isu sosial.

@juffri_alui

I know this is a sensitive issue, I’m sorry if I might offend anyone. But I need to put this to the ground. Thanks

♬ original sound – Juffri Alui – Juffri Alui

Dalam video di atas, Juffri mengetengahkan kesan gangguan seksual terhadap lelaki yang sering diambil remeh oleh masyarakat.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Juffri Alui / TripAdvisor)

Advertisement

5 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s