Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Farhana M Noor, telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam.
Dalam siaran Instagramnya petang tadi, pelakon dan pengacara Suria itu mengongsi gambar tangan comel anaknya itu.
Secara tidak langsung, Farhana turut mendedahkan jantina anaknya dengan menggunakan kata ganti diri “he” dan menyatakan “oh boy”. I see what you did there, gitew.
Dalam siarannya, Farhana menulis bahawa #mininorforana telah tiba semalam, 9 Oktober. Bukan itu saja, dia juga agak awal.
Namun begitu, Farhana amat bersyukur.
Farhana dan Norshafiq telah diijabkabulkan pada Februari tahun ini.
Tahniah kepada mereka berdua dan semoga keluarga baru ini gembira sentiasa!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Farhana M Noor)