Penonton ‘PPV’ Unfinished Business ingin wang mereka kembali

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

$15. Itulah harga yang dibayar untuk menonton pertarungan Unfinished Business antara Sham Rahman dan Juffri Alui di wadah digital.

Namun begitu, ternyata wadah PPV (pay per view atau tontonan bagi setiap pembayaran) itu juga boleh ditonton secara percuma, menurut sebuah lelaman Facebook yang baru ditubuhkan.

Ini mencetus ketidakpuashatian kerana individu yang telah membayar $15 berasa ia tidak adil. Apakan tidak, mereka telah bayar $15 manakala ada yang menonton perlawanan gusti itu secara percuma.

Halaman Facebook ‘Petition for refund our $15, Unfinished Business organizers.‘ telah membuat laporan polis mengenai penipuan atau scam yang dihadapinya. Menurut halaman ini lagi, isunya bukanlah tentang $15 tetapi tentang kebenaran dari pihak penganjur.


Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial


Sejauh ini, 13 mangsa telah mendekati admin halaman itu.

Malangnya, kes ini dikategorikan sebagai NOD atau No Offence Disclosed oleh pihak polis. Mereka dinasihati untuk membawa kes ini kepada CASE.

Pihak penganjur juga telah bersuara:

gambar tangkap layar Halaman Facebook ‘Petition for refund our $15, Unfinished Business organizers.

Pendek kata, terdapat masalah teknikal di wadah Facebook dan BigBoyEvents.sg sedang mencuba mencari jalan.

Anda boleh baca lebih lagi di halaman Facebook ini.

Perlawanan yang dinanti-nantikan itu berlangsung Jumaat lepas, dan Sham Rahman mengalahkan Juffri Alui.

Insiden ini mengingatkan Min tentang Nurul Aini yang menonton Gegar Vaganza secara cetak rompak.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s