Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ekoran saga PPV Unfinished Business baru-baru ini, pihak penganjur akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi di Instagram Unfinished Business.
Pendek kata, setelah siasatan dilakukan, mereka mendapati bahawa bahagian kedua pertarungan yang melibatkan Juffri Alui dengan Sham Rahman dan beberapa lagi peserta disiarkan kepada ramai penonton yang tidak membayar atas masalah teknikal.
Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial
Pihak penganjur turut terjejas atas kesulitan ini.
Mereka tidak pernah berniat untuk memberi akses percuma dan siaran Unfinished Business memanglah siaran dibayar. Hanya cuma di akhir-akhir acara, penstriman siaran langsung itu terjejas. Pihak penganjur berkata ia satu peristiwa yang dikesal dan menyedihkan.
Mereka juga meminta maaf atas kejadian terpencil ini.
Sama ada penonton yang membayar $15 akan mendapat wang mereka kembali tidak dikemukakan.
Selain itu, ruang komen bagi siaran ini juga dimatikan.
Menurut halaman ‘Petition for refund our $15, Unfinished Business organizers.‘, kes ini sudah dirujuk ke CASE.
Adakah ini kes you’re only sorry you got caught?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Unfinished Business)
[…] ada masalah dengan sesi LIVE di Facebook, ia sudah […]
LikeLike
[…] boleh tonton dalam talian, jangan pisang berbuah dua kali […]
LikeLike