Salam sejatera, para pembaca setiaku!
Pada minggu ke-4 Gegar Vaganza 9, penyanyi Singapura Hazrul Nizam telah mendapat kedudukan nombor 5 dengan markah 75.7%.
Fuad Rahman pula berada di tangga yang ke-8, dengan markah 65%.
Hazrul Nizam akan berduet bersama Liza Hanim manakala Fuad Rahman akan bernyanyi dengan Naqiu.
Fuad juga telah memenangi Anugerah Juara Next Level berturut-turut minggu ini.
Jaclyn Victor di tangga pertama minggu ini dan bakal berduet bersama Aina Abdul minggu depan.
Anehnya, tiada penyingkiran minggu ini.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Astro Gempak)
[…] diumumkan bahawa Hazrul Nizam telah merangkul Anugerah Juara Next Level untuk minggu ke-4 Gegar Vaganza musim […]
LikeLike