Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Gara-gara komen ‘air mata buaya’ oleh juri tetap Gegar Vaganza 9, Hetty Koes Endang, kepada peserta Singapura, Fuad Rahman, ramai warganet kurang puas hati.
Fuad, yang menyanyikan lagu Layang-layang Terputus Talinya di minggu ke-4 pertandingan realiti itu mendapat kritikan yang agak membingungkan oleh juri asal Indonesia itu.
Hetty Koes Endang menyifatkan air mata yang berlinangan semasa persembahan Fuad sebagai air mata buaya, manakala Datuk Ramli MS pula berkata ia sebagai air mata propa.
Ini menimbulkan kemarahan dalam diri warganet, terutama sekali warganet Singapura yang menyokong bakat setempat kita.
Rata-rata, mereka berkata bahawa ia kurang menyenangkan untuk mendengar juri profesional untuk memberi ungkapan sebegitu. Malah, mereka menganggap air mata itu cerminan emosi yang dirasa Fuad semasa menyanyikan lagu itu.
Aaron Aziz turut bersuara dan memberi nasihat kepada Fuad untuk tidak hiraukan komen negatif.
Dawn Prima juga memberi pendapatnya di Instagram tetapi siaran itu telah dipadam.
Di TikTok, ramai juga yang meluahkan ketidakpuashatian mereka.
Apa kata anda? Patutkah juri meminta maaf kepada Fuad Rahman atas komen kurang sensitif ini?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Hetty Koes Endang, Aaron Aziz, Astro Gempak)
[…] minggu ke-5 Gegar Vaganza 9, penyanyi Singapura, Fuad Rahman, mendaki ke tangga ke-3. Tiada air mata buaya […]
LikeLike
[…] kisahnya antara Fuad Rahman dan Tom, peserta Gegar Vaganza 9, yang dikongsi media Malaysia […]
LikeLike