Taksub dengan saluran YouTube Nurul Aini!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sedang ramai retis setempat muncul dengan drama di socmed semasa Ramadan dan tempoh pemutus litar baru-baru ini, terdapat seorang selebriti tempatan yang boleh dianggap tidak problematik!

Tak lain, tak bukan… Nurul Aini!

Giat ibu tiga anak itu menerbit kandungan dalam talian bagi peminatnya. Tidak kiralah di wadah media sosial mana, dia pasti ada!

Pasti ramai yang sedar bahawa pelakon dan pengacara popular itu telah pun memberi nafas baru kepada saluran YouTubenya tersendiri baru-baru ini, kan?

.

Di saluran YouTube Nurul Aini itu, orang ramai dapat melihat betapa kecoh hidupnya bersama keluarga! Suka sangat melihat gelagat suaminya, M Sofian, bersama anak-anaknya, Shan Ehan, Shaista Eman dan Shania Eva.

Penonton juga diberi tour kepada rumahnya yang amat cantik itu!

.

Korang dah tengok ke belum? Cemburu sis tengok bilik Shaista ada balkoni! I pun nak… 👉🏽👈🏽 Tapi tu lah, 3 tingkat. Mungkin semput kalau tinggal dalam rumah ni. Boleh letak lif lah eh?

Dan untuk menghiburkan orang ramai dalam tempoh pemutus litar di mana setiap ahli keluarga terperap di rumah, Nurul Aini berkongsi bagaimana keluarganya memotong rambut sedang banyak kedai rambut (at that time) masih tutup, atau queue terlalu panjang!

.

Sungguh seronok melihat charisma dan perhubungan keluarga ini, kan? Comel sangat! Bukan itu saja, dengan video sebegini, Nurul Aini bersama suaminya seolah-olah memberi idea kepada ibu bapa di luar sana bagaimana untuk luangkan masa bersama anak-anak mereka dalam masa genting sebegini!

.

Siap ada treasure hunt lagi! Diorang yang lari atas bawah ke sana sini, aku yang termengah-mengah.

Dan baru-baru ini, ada video tentang bagaimana keluarganya menyambut Hari Raya secara online!

.

Video-video Nurul Aini membuktikan satu perkara. Jika anda kreatif dan bertujuan untuk menghiburkan pengikut anda, anda lakukannya di rumah saja! Tak perlulah nak keluar berganjak sini sana untuk terbit kandungan mampat. WFH is the next in thing!

Selain di YouTube, Nurul Aini dan suaminya turut menghiburkan orang ramai di Tik Tok dan Instagram!

Ya Allah cutenya!!!

Bukan sekadar hiburan semata, tapi ada kandungan yang menyentuh jiwa juga.

Pasangan suami isteri itu juga menemuramah pesakit Covid-19 di Instagram LIVE mereka, agar dapat memahami keadaan mereka dan mengongsi dengan orang ramai bagaimana keadaan sebagai pesakit Covid-19. Amat bermakna sekali sesi IG LIVE ini.

Mereka juga telah mengadakan sesi LIVE ketika saga HBB CB melanda negara ini pada Ramadan, di mana mereka berbual dengan peniaga yang terjejas.

Kandungan yang amat menyeluruh oleh Nurul Aini! Bukan sekadar menghiburkan saja, ia amat educational, kelakar, penuh pelajaran, harus dicontohi, show stopping, kreatif, dari rumah realness, family-friendly dan paling penting… boleh dinikmati semua lapisan umur, masyarakat, jantina dan macam-macam lagi. A QUEEN we just have to STAN.

I love how walaupun dah bertahun dalam industri hiburan, Nurul Aini tetap giat menghibur penonton dengan menggunakan wadah yang relevan! Mungkin dia tak perlu bergantung kepada TV lagi… eh?

Ok lah, mungkin perkataan ‘taksub’ agak melampau. Cuma amat suka sangat kandungannya! Siapa lagi selebriti Melayu setempat yang harus mulakan YouTube channel ala vlog eh?

Syarif ke? Apa kata anda?

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header oleh Saluran YouTube Nurul Aini)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s