Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Yes, pengkritiksandiwara.wordpress.com kini pengkritiksandiwara.com akhirnya! Yay!

Selain itu, kami juga berwajah baru. Kini di halaman utama kami, anda boleh melihat entri-entri yang telah ditulis dan anda boleh pilih entri mana yang anda ingin baca. Tidak seperti dahulu di mana anda harus scroll sampai ke bawah untuk baca entri yang lama.

Kami juga sedar bahawa ramai pembaca kami membaca blog lelaman kami melalui telefon bijak mereka. Oleh kerana itu, kami cadangkan untuk keluar daripada ‘mod baca’.

Seperti gambar di atas, tekan ‘Exit Reader Mode‘ untuk menikmati pengalaman Pengkritik Sandiwara yang menyeluruh!
Jika anda ingin menjadi orang pertama untuk membaca segala CER di Pengkritik Sandiwara, jangan lupa untuk subskrib newsletter kami (email subscription) yang boleh didapati di sidebar (jika anda menggunakan komputer untuk membaca) atau di bawah sekali (jika anda guna peranti bijak), masukkan alamat e-mel anda saja, cukup mudah sekali!

Bukan saja berwajah baru, kandungan di Pengkritik Sandiwara akan menjadi lebih mampat dan menghiburkan. Kami akan teruskan dengan kandungan yang biasa-biasa iaitu gosip hiburan setempat, teater Melayu dan bukan Melayu, drama Suria hambar dan macam-macam lagi, cuma kali ini, lebih oomph gitew! Kami juga akan perkenalkan segmen terbaru – CURHEART.

CURHEART (disebut curhat) merupakan segmen di mana kami (or rather saya) akan kongsikan curahan hati saya tentang perkara yang sedang membelenggu fikiran saya. Tak kisahlah isu semasa ke, isu dunia ke atau perkara random. Tujuan segmen ini adalah untuk anda mengenali saya dengan lebih dekat lagi melalui luahan hati dan pendapat saya. Anda juga boleh kongsikan pendapat anda (melalui DM maybe?) di wadah media sosial Pengkritik Sandiwara! Nantikan Curheart pertama saya, ok?
Akhir sekali, kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang telah menyokong Pengkritik Sandiwara selama ini. Teruskan membaca dan lestarikan Bahasa Ibunda kami. Dan semestinya, terus menyokong industri hiburan setempat!
– Pengkritik Sandiwara