Content creator Melayu yang boleh anda ikuti!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya anda golongan mereka-mereka yang telah keluar daripada kultus bloodz ingin menyokong content creator Melayu kerana tidak lagi ingin mendengar podcast nombor satu di Spotify, senarai ini khas untuk anda. Atau anda memang saja nak sokong bakat Melayu setempat, we got you!

Cuma kami tidak akan ketengahkan podcasters kerana kami bukanlah peminat podcast sangat. Walau bagaimanapun, antara daripada mereka dalam senarai ini turut punyai podcast tersendiri! Jika anda ingin dengar podcast yang lain-lain, baca artikel ini dan siaran Facebook Nada Azmi.

Jadi, siapakah content creator Melayu yang boleh anda ikuti untuk santapan hiburan di media sosial?

  1. Matin Berry

Siapa Matin Berry? Mungkin warganet Twitter kenal tapi mereka yang tak aktif di Twitter tidak tahu. Matin Berry merupakan seorang belia yang sering mengupas isu tular di Twitter sambil menikmati minuman atau snek!

Dalam video di atas, Matin mengupas isu hangat Ibnur dan Bonda secara santai dan segala points yang dibuatnya amat bernas sekali. Bukan itu saja, gadis-gadis di luar sana pasti terpikat melihat Matin dan mendengar kebijaksanaannya kan. So ladies, do give him a follow!

Matin juga aktif di Tik Tok!

2. DJ KC

Siapa tak kenal KC Champion, kan? Baru-baru ini, video Tik Tok Malam Seram (sebuah rancangan yang dikendalinya) tular dan mencecah sejuta tontonan!

.

Saluran YouTube Malam Seram mempunyai lebih 150,000 pelanggan. Jadi kepada korang-korang yang suka benda-benda seram ni, subscribe ler. Malam Seram juga boleh didengari di Spotify.


Ikuti kami di Telegram!


3. Syafiqapls

Jika anda ikuti lelaman SGAG atau sering di Tik Tok, pasti nama Syafiqapls ini tidak asing lagi.

Video-video Tik Tok Syafiqapls bukan saja kelakar dan mencuit hati, ia juga amat relatable. Lebih-lebih lagi kepada penonton Melayu setempat!

Kandungan Syafiqapls bukan sekadar hiburan, ada juga video di mana dia akan ketengahkan isu seperti perkauman (BLM) dan sebagainya. Wow, we have no choice but to stan!

4. Tawfik Daud

Haaaa… ni pasti korang pernah lihat video Tik Tok dia yang tular!

Ingat tak video ni di mana Tawfik Daud di pasar raya di KL dan rasa bersyukur sangat bahawa segala stok di rak-rak di situ masih penuh? Kelakar kan! Bukan saja di Tik Tok boleh anda terhibur dengan video-videonya. IGTVnya juga mempunyai video yang kelakar serta yang menyentuh hati.

Dalam IGTV yang mendapat hampir 85,000 tontonan ini, ia menunjukkan perasaan masyarakat dalam kita menyambut Raya dengan norma baru tahun ini. Amat sebak sekali.

5. Nurul Aini

Yang ni tak perlu sebarang introduction ler. Kalau korang belum tahu, Nurul Aini dah mulakan saluran YouTube!

.

Melalui salurannya ini, anda boleh melihat bagaimana Nurul meluangkan masa bersama keluarganya! Sungguh comel dan seronok melihat gelagat anak-anaknya.

Di Instagram pula, Nurul Aini sering mengadakan sesi IG LIVE bersama suaminya, M Sofian, di mana mereka akan menjemput tetamu untuk bualkan isu semasa.

Dalam IGTV ini, mereka menemubual bersama pemilik HBB yang terjejas dek CB.

Yes, Nurul Aini juga aktif di Tik Tok!

Kalau korang masih tak follow Queen Suria ni aku tak tau ape nak cakap ler.

6. GEREK TV

.

Saluran Gerek TV di YouTube merangkumi 5 anak muda – Amirah Yahya, Aidil Arshad, Wanie Kayleigh, Hafiz Aziz dan Shafie Aziz.

Dalam video-video mereka berbual tentang isu-isu yang dekat dengan hati para milenial. Sebagai contoh, segilintir kawan kita yang step tiber jadi Filipino time puasa, kapel belum nikah yang bercuti tu… tidur sebilik ke tak dan sebagainya.

Bukan itu saja, salah satu daripada mereka juga merupakan individu queer. So kalau korang nak queer representation in Malay media, you have it here!

Disclaimer: Dalam salah satu episod, salah satu hos menceritakan pengalamannya berdating dengan kaum sejenis. So, we are not outing anybody. Dan kami juga tidak ingin to name names. Nak tahu siapa, tontonlah video-video mereka!

7. Hyrul Anuar

Pemenang Anugerah 2005 ini bukan sekadar boleh menyanyi saja, malah video-videonya di YouTube amat berpindidikan sekali!

.

Dalam siri video ini, Hyrul akan mengajar orang ramai bagaimana cara yang betul untuk menyebut perkataan yang sering disalah sebut. Tidak kiralah perkataan Melayu atau Inggeris. Ha kalau korang jenis yang main hembus je, tengok video-video Hyrul untuk pastikan sebutannya tu!

8. LOLA (iamfarahlola)

Iconic. Itulah dia. Tweet-tweetnya amat bijak dan kelakar, apatah lagi video-videonya di Instagram!

Kami berharap sangat siri MINAH MONDAYS akan dikembalikan semula agar minah rep kegemaran masyarakat Melayu, Baby Dragon akan memberi kuliah penting kepada orang ramai tentang budaya Minah/Mat Rep!

Farah Lola juga amat berbakat dalam kait-mengait ni!

Lihat saja crochetnya. Sungguh cantik, kemas dan comel!

9. Big Tree Studios

Rancangan memasak, temu bual, senaman, sesi karaoke. Semua ada di saluran YouTube Big Tree Studios ni!

.

Kami rasa ini lebih sesuai untuk golongan yang lebih berumur kerana orang-orang dan tetamu yang terlibat juga merupakan mereka-mereka yang dah seasoned dalam industri seni Melayu setempat!

10. Cef Bob

Budak-budak Tik Tok confirm ikot Cef Bob, kan?

Jangan main-main tau, nampak tak blue tick tu? Curlass! Kebanyakan videonya menunjukkan dirinya memasak/menyediakan makanan dengan stailnya yang ranggi dan cool! Kalau korang takde Tik Tok, download sekarang dan follow Cef Bob!

11. localbimbo69 (Shahirah Sahlan)

Korang yang ketagih Tik Tok confirm kenal kan?

@localbimbo69

of course i had to do it lol

♬ Wipe It Down – BMW KENNY

localbimbo69 amatlah berbakat dan kreatif dalam video Tik Toknya. Dia sering melakukan video-video yang sedang trending di Tik Tok! Selain itu, sketsa pendeknya mengenai perbualan dalam Bahasa Melayu juga menghiburkan! Tik Tok better verify localbimbo69 soon sebab dia ada lebih 120,000 pengikut di Tik Tok. Urgh crazy!

Her Instagram feed aesthetic juga amat en pointe sekali!


So there you have it! 11 content creator Melayu yang boleh korang ikuti kalau korang nak. Most of them agak ‘baru’ dalam industri ni atau baru rebranded their thing. Kalau korang nak ikut yang dah seasoned sikit, antaranya adalah Hirzi, Hafidz Rahman & Zuhairy Idris (aka Lepak One Korner), Munah Bagharib, luqmanabubakar (Mak Jah), Nick Mikhail, Fakkah Fuzz, Sujimy (screenbox), Suhaimi Yusof dan ramai lagi. Sebenarnya ramai content creator Melayu Singapura tau. Sokonglah mereka!

Oh yes, kami ada announcement!

.

Lelaman berita Fruit Mouth bukanlah kami! Walau begitu, do give them a follow on their socials 🙂

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Twitter iamfarahlola, Facebook DJ KC, Tik Tok Cef Bob, Tik Tok Syapls)

3 comments

  1. Menarik & syabas kepada Influencer2 tanahair. Teruskan berjuang untuk meningkatkan lagi usaha industri hiburan buat pendengar2, Seperti Ok Lets Go. Kandungan mereka Dinamik, Asli, Informatif, Hal ehwal semasa, 568 Episods, berbagai macam Pelbagai interviu dan pengumumam.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s