Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Selebriti yang pernah dilanda kontroversi terbesar dekad ini telah pun menciptakan istilah baru yang boleh digunapakai oleh masyarakat Melayu setempat mahupun di Nusantara ini.
Pagi tadi pada 7:51, Ateeqah Mazlan mengumumkan perkataan baru itu menerusi akaun Twitternya.
Pelakon itu telah bertanyakan soalan sebelum memberitahu perkataan baru yang diciptanya.
Apakah istilah untuk orang-orang yang fikir mereka mempunyai mentaliti woke tapi pemikiran mereka sebenarnya amat kolot?
*Jawapannya: wokolot. Istilah yang menggabungkan kedua-dua perkataan ‘woke’ dan kolot.
*Bukan jawapan lah sebab dia letak tanda soal but it's a suggestion so kita terima je.
Slanga ‘woke’ atau ‘sedar’ dalam Bahasa Melayu bererti seseorang itu sedar dan peka akan keadaan ketidaksaksamaan sosial. Manakala kolot bermaksud kuno, cara lama (tidak moden) menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).
Oleh demikian, wokolot bermaksud seseorang yang sedar akan keadaan sosial tapi berfikiran kuno? Hmmm contohnya apa/siapa eh?
Sungguh kreatif sekali Ateeqah Mazlan kerana mencipta istilah itu! Semoga orang ramai dapat gunakannya dan ia akan dimasukkan ke dalam Kamus Dewan kelak.
Kami di Pengkritik Sandiwara akan gunakan istilah ini sekerap mungkin dan akan sertakan perkataan ini dalam lelaman Glosari kami.
Adakah anda kenali sesiapa yang wokolot atau anda yang wokolot? Tiber!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header dari Twitter dan Instagram Ateeqah Mazlan)
[…] IGTV ini, mereka menemubual bersama pemilik HBB yang terjejas dek […]
LikeLike
[…] percaya Ateeqah memberi homage kepada saga yang dicetusnya yang menggemparkan seluruh pulau Temasek beberapa bulan […]
LikeLike