Khairudin Saharom lukis gambar kucing, harapkan balasan doa dalam masa tidak menentu

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Personaliti popular, Khairudin Saharom baru-baru ini kongsi di Instagramnya lukisan gambar kucing yang comel dan berwarna-warni sekali.

Dalam gambar itu, pengacara itu sertakan kapsyen:

Hidup lebih bermakna apabila kita menyambut warna-warna di sekeliling kita.

Tanda pagar #catsofallcolours dan #blackcatsarenotevil juga ditulisnya. Adakah siaran ini bertujuan sebagai suara Khairudin tentang apa yang terjadi di dunia ketika ini?

Ramai orang amat suka dengan gambar itu sehinggakan ingin membuatnya sebagai gambar latar belakang (wallpaper) di telefon bijak mereka.

Pelakon Gelora itu memberitahu pengikutnya bahawa mereka boleh saja menggunakan gambar ini sebagai wallpaper mereka, tapi dengan satu syarat.

Penggemar kucing itu ingin orang ramai yang mengambil gambar itu untuk berdoa untuk rakan-rakan yang menghadapi kesukaran dalam masa genting ini.

Sungguh baik hati sekali Khairudin ya? Memang satu cara untuk tingkatkan kesedaran tentang apa yang berlaku di dunia yang amat kreatif dan berguna sekali!

Adakah anda akan gunakan gambar kucing-kucing itu sebagai wallpaper anda?

Sebelum ini, Khairudin ada kongsi ucapan Raya yang comel!

Cute kan!!!!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram @stinkybolster)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s