Politeknik Temasek siasat komen pelajar yang singgung perasaan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Politeknik Temasek dalam tweetnya awal pagi tadi mengatakan mereka dimaklumkan dan mengambil serius mengenai komen oleh salah seorang pelajarnya yang menyinggung perasaan yang sebar di socmed.

Menurut tweet itu, pihak TP akan siasat dan mengambil tindakan disiplin yang setimpal sekiranya wajar. Pelajar itu pun telah memadamkan komen-komen tersebut.

Komen pelajar itu tular di Twitter di mana ramai warganet Twitter mengongsi screenshot komen yang dibuat di akaun Instagram pelajar tersebut.

Dalam Instagram Storynya, pelajar itu telah menyatakan bahawa dia bermimpi ‘dia menembak sebuah bangunan pejabat dan hanya membunuh orang Islam’. Dia “rasa hebat” menembak orang yang berkulit cokelat dan tidak “kelihatan Cina”.

Terdapat juga komen-komen lain serta isu lain yang berkaitan pelajar TP ini but we’re not giving him air time and you can read it on Twitter lmao he’s a mess.

Segelintir warganet juga telah melaporkan kejadian ini kepada polis dan MOE (kot).

Seram sis tengok ada orang berani macam ni. Kepada pelajar Islam sekursus dengan dia, pasti taccod kan?

– Pengkritik Sandiwara

Update: Belia TP kini telah diberkas polis, menurut akhbar-akhbar setempat
Advertisement