Ateeqah Mazlan gesa orang ramai agar bantu, bukan batal

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pempengaruh sensasi, Ateeqah Mazlan, menyeru di IG Storynya agar warganet hulurkan bantuan dan bukan ‘cancel out’.

Ini ekoran kontroversi lelaki yang mendakwa dirinya Nabi dan mempunyai isteri-isteri batin atau ‘spiritual wives’ yang diterbitkan oleh akhbar Straits Times.

Ibu satu anak itu turut menulis bahawa kami sememangnya tidak tahu perkara sebenar.

Beliau juga berkongsi bahawa beliau tidak ingin membuat andaian secara terbuka, tetapi mendekati (mereka, kot?) dan memberi laluan yang sesuai, seperti mana seorang Muslimin harus lakukan.

Betul jugak apa yang Ateeqah katakan. Kita memang tak tahu perkara ni bulat-bulat. Wanita-wanita itu juga mangsa. Jadi, lebih baik untuk kita beri mereka sokongan dan semangat, dan bukan menyebar fitnah.

Selain itu, dalam teks yang amat kecil, Ateeqah menambah, “Tidakkah kita semua belajar daripada saga (lalu)?”

Sis percaya Ateeqah memberi homage kepada saga yang dicetusnya yang menggemparkan seluruh pulau Temasek beberapa bulan lalu.


Atlet negara, Baihakki Khaizan, turut memberi pendapatnya mengenai berita ‘Ali’ ini.

.

Baihakki menyoal mengapa akhbar Melayu setempat tidak membuat laporan tetapi apabila Norfasarie disaman di mahkamah, sungguh pantas laporan mengenainya keluar.

Beliau sempat berjenaka dan bertanya sama ada akhbar itu ‘members’ dengan Ali.

Tak sangka Baihakki boleh buat lawak, eh? Kolej Komedi di saluran Suria menunggu!

Pelik betul lah orang Melayu kita. Haritu bila sis AM tular, akhbar Melayu setempat keluarkan berita mengenai HBB, korang sanggup tunggu akhbar Inggeris publish. Kononnya akhbar English lebih reliable. Abeh sekarang akhbar English dah keluarkan cerita gempak, korang menyoal akhbar Melayu pulak!

Hidup tak tenteram ye sebagai seorang Melayu! Apa lagi Melayu mau? Gitew!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook Straits Times & Instagram Ateeqah Mazlan)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s