Setelah tular, Muis bersuara akan isu ‘isteri-isteri batin’
Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah pun memberi kenyataan rasmi terhadap perkara ‘spiritual wives’ yang ligat tular semalam.
.
Menurut Facebook Muis, mereka mengambil serius kesemua tindak balas orang awam mengenai perkara ini.
Malah, Muis juga telah berjumpa dengan individu tersebut, tetapi ‘Ali’ tidak mengaku bahawa dia melakukan sebarang kesalahan.
Muis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat dengan lebih lanjut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sekiranya orang awam mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara ini, Muis menyeru untuk tampil ke hadapan untuk membantu.
Selain itu, Muis juga berpesan bahawa jikalau ada individu yang membuat kenyataan/ajaran mencurigakan, lebih baik untuk periksa dengan Muis atau asatizah yang bertauliah di bawah ARS.
Kisah ‘Ali’ dan isteri-isterinya tular seperti api merebak di hutan Indonesia menyebabkan jerebu setelah video dan artikel daripada Straits Times dikongsi warganet, mengejutkan orang ramai.
. video tersebut punyai lebih 3k kongsian
Dalam video tersebut, dikatakan bahawa lelaki dengan gelaran ‘Ali’ punyai kelebihan untuk bertemu Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu juga punyai lebih dari satu isteri.
Antara ajarannya ialah seseorang itu boleh membeli nombor ekor dan menderma wang yang dimenangi kepada amal jariah.
Awal pagi tadi, kedai pencuci mulut, Lina’s Cafe, telah keluarkan kenyataan di socmed mereka.
[…] ekoran kontroversi lelaki yang mendakwa dirinya Nabi dan mempunyai isteri-isteri batin atau ‘spiritual wives’ yang diterbitkan oleh akhbar Straits […]
[…] ekoran kontroversi lelaki yang mendakwa dirinya Nabi dan mempunyai isteri-isteri batin atau ‘spiritual wives’ yang diterbitkan oleh akhbar Straits […]
LikeLike