7 sebab anda harus tonton 7 Penjuru

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Malam semalam, Suria telah pun menayangkan drama bersiri terbaru mereka bertajuk 7 Penjuru.

Setelah menonton 2 episod (sebab empat episod pertama kini di Toggle), sis akan beritahu 7 perangsang bagi anda untuk tonton drama setempat ini!

  1. Drama jenayah-thriller!
    Suria ada banyak drama jenayah-thriller. Antaranya P.I.Z., Firasat, SR115 dan banyak lagi. 7 Penjuru pun drama jenayah yang penuh aksi dan teknologi bedek yang belum dicipta. So korang mesti tengok kalau korang into that!

2. Gadgets!
Korang suke gadgets? Ala, macam ala Totally Spies! Apabila mereka melakukan misi, pasti ada gadget. Samalah dengan watak, Jun Salleh (Nurul Nabila) diberikan gadget untuk membantu menyenangkan misi-misinya!

Gadjet yang ada pada dirinya adalah kaca mata tidak berkanta yang boleh merakam segala yang dia lihat dalam bentuk HD!

3. When life imitates art, gitew!

Kes pembunuhan bersiri semuanya yang diketuai ‘K’ sebenarnya diilhamkan seorang genius bernama Remy Suriady (Shane Mardjuki), seorang penulis buku-buku jenayah fiksyen.

Kes-kes pembunuhan dan penculikan sebenarnya pernah ‘berlaku’ dalam buku-buku Remy! Very the Firasat vibes.

4. Siti K

Selalunya kita hanya dapat menonton Ratu Pentas ini di teater. Kalau berlakon di Suria pun, watak-watak kelakar je.

Mungkin kali ini kita akan dapat melihat kebolehan Siti K dalam menghidupkan watak yang lebih serius dalam 7 Penjuru?

5. Sani Hussin

Sesungguhnya kita tidak akan pernah bosan menonton Sani Hussin membawa watak polis-polis ni!

6. Diverse cast

Yang tua, yang muda, yang bukan Melayu, semua ada!

Channel 8 can never.

7. Sokong kandungan setempat

Tonton je lah… ekcili boleh tahan ah cuma kenapa dua-dua mangsa dalam dua episod pertama ada bom? Abeh kata inject insulin kepada mangsa tapi guna botol saline… konpius!

Secara terus terang, jalan cerita ni agak misteri. Siapakah Remy sebenarnya? Dan mengapa K, ‘peminat setia’ Remy ingin menghidupkan aksi-aksi dalam buku Remy?

Apa dorongan K? Dapatkah Jun naik pangkat/beralih ke jabatan polis yang lain?

Harap-harap episod-episod akan datang akan lebih menarik!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: meWATCH Suria)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s