Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku. Bagaimana dengan azam tahun baru anda? Masih bernyawa? Ataupun hampir luput bak roh-roh mangsa Mastermind ni? Hmm…
Pada episod lalu, Zack menerima panggilan telefon daripada Mastermind untuk menyelamatkan seorang budak. Namun, identiti sebenar budak itu masih satu misteri. Adakah dia Jeff atau Zam? Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi!
Bagi anda yang mahu membaca episod-episod lepas, sila klik di sini: 1, 2/3, 4/5, 6/7, 8/9 dan 10/11.
Episod 12
Mastermind mula meletakkan CCTV di tempat “gelanggang” permainannya. Saya rasa ni tempat sama dia bunuh Sarah!
HA kau. Dia letak chloroform kat budak tu eh. Padahal budak tu dah helpless seh.
Kenapalah si Zack masih nak bermain permainan Mastermind? Dia tak sedar ke ni satu perangkap? Dia pasti dia dapat selamatkan Jeff/Zam?
Mereka mengikut arahan Mastermind dan menaiki sebuah teksi. Dalam teksi tersebut terdapat beberapa kamera litar tertutup. Mereka sangkakan bahawa Mastermind telah mengapa-apakan Uncle Bad. Padahal…
Mereka kini mula risau akan keselamatan Uncle BALD. Skrg nama dia Baldrudin pulak. Seperti tertera di lesen teksi. URGH.
Ah Sing menerima panggilan daripada Mastermind agar Ah Sing mengikut arahannya nanti. Wow pesakit IMH pun ada handphone sendiri eh? Entah lah eh.
Bukan ke ni doktor haritu yang merawat Lucky? Kesian eh Lucky dirawat di IMH. Ataupun doktor ni terpaksa bekerja di dua hospital kerana nak gaji besar?
Mereka baru sedar bahawa Mastermind sebenarnya Uncle Bald sebenarnya Osman Bin Sabtu. Hahahaha. Ini kerana terdapat sebutir berlian Blood Diamond dan handphone Uncle Bald di dalam teksi tersebut.
Nemo menerima panggilan telefon daripada bekas suaminya. Zailani meminta wang tebusan daripada Nemo. Mereka pun berpecah belah untuk menyelamatkan anak-anak mereka sendiri.
Nemo menelefon Lucky untuk mendapatkan pertolongan namun telefon diangkat oleh bapanya!! Bapa Lucky pun kata NO WAY JOSE walaupun Nemo pernah berjasa untuknya dalam episod pertama?? RUDE SAK.
Wow mereka berdua berganding bahu eh? Memang jahat la Mastermind ni!!!!
Mastermind fikir dia Ke$ha ke?
URGH takde masa nak main teka-teki la wahai Mastermind! Zack tau tu Jeff.
Eh kau memang kan?? Sarah pun salah bumbung abeh kau sengaja buat game agar Zack ke bumbung yang salah!!!
Eh dia eh tak berhati perut ke??? Sembelih la kalau tak pun.
Abeh si Zack ni dengan dia punya penyakit yang belum disembuh asyik nak pitam la muntah la apa lah. URGH. Macam mana dia nak menang game ni!
Hahaha Mastermind cuba larikan diri daripada pak cik guard ni?
KAN KAU PENGSAN
Nemo tiba di rumah Zailani. Eh Zailani ni tak terurus eh? Rumah berselerak. Abeh tak bayar bil api/air ke?
Zack weak ah.
Nemo terjumpa Zailani dalam keadaan berlumuran dengan darah. Siapakah pembunuhnya? Zam masih tidak dijumpai!
Dengan segera, Nemo memberitahu Zack tentang kematian Zailani.
Astagha. Mastermind telah membunuh seorang budak kecil yang tak bersalah semata-mata untuk memerangkap Zack! Kesian budak ni takde kaitan dengan Zack dah jadi umpan.
Detektif Jamal ni pun ternampak Zack memegang sebilah pisau dan meneka bahawa Zack telah membunuh budak tersebut. Dia menuduh Zack sebagai Mastermind!
Zack cuba jelaskan tapi Jamal tidak percaya kata-kata Zack. Ini kerana tiada sesiapa di bangunan usang itu kecuali mereka.
Zack berjaya melarikan diri. Bodoh eh Jamal? Ada tembak setakat for show???
Dia ni lari abeh nanti berhenti sebab virus kepala dia hahah
Mereka pun bertemu dengan pak cik guard yang muncul daripada mana entah. Beliau memberitahu bahawa ada seseorang lagi di dalam bangunan tersebut.
Zack menerima panggilan daripada Mastermind. Sekarang, Jamal percaya bahawa Mastermind benar-benar wujud. Mastermind bertanya jika Zack tahu di mana anak serta isterinya berada sekarang.
Beberapa hari yang lepas, Zack telah membeli tiket ke KL untuk Linda dan Jeff. Namun, mereka tidak mahu ke situ. Sebaliknya, mereka melawat nenek Jeff di resort. Hanya Uncle Bald yang tahu di mana mereka berada kerana Uncle bald la yang menghantar mereka!!
Si dekni masih ah nak tembak Zack?? Dari tadi tanak tembak. NGOK.
Episod 13
Pak cik guard ni?? Orang nak tembak muka dia selamba aja? Tak rasa takut ke???
Si detektif tak jadi tembak dia. So, Zack pun lari secepat mungkin. Nemo tiba dengan teksi.
Zack cuba menelefon Linda untuk memberitahu Linda bahawa Uncle Bald merupakan Mastermind! Dalam teksi ni, si Zack asyik pening la apa la. Abeh suruh pergi base camp? Apa sia tu.
Oh, tempat sewa diorang base camp. Mereka sedang mencari tracking device yang Lucky kasi kat Jeff beberapa hari lepas.
Akhirnya, alat itu ditemui. Zack amat terkejut kerana lokasi Jeff di Kranji Resort dan bukan KL.
Zack menyesal kerana Uncle Bald lah yang menghantar mereka berdua ke Kranji. Kini, Uncle Bald mungkin telah ke sana untuk menculik Jeff.
Nemo pun bertanya bagaimana Zack mengenali Uncle Bald.
Dahulunya, Sarah pernah hilang… Uncle Bald yang terjumpa dia. Semenjak itu, Zack pajak khidmat teksi Uncle Bald.
Wow, Sarah pernah hilang abeh diorang boleh biarkan dia diculik eh?
Eh Ah Sing ni macam pedo haha
Dia nak buat child pornography ke??? Astagha!!!
Si detektif Jamal ni suka eh bekerja sorang tak panggil back up? Dia ke rumah Baldrudin untuk menyiasat. Obvsly Mastermind takde kan?
Dia terkejut nampak CHCl3?? Bukan ke itu bahan biasa dijumpai dalam kes penculikan?
Dia terdengar almari berbunyi seolah-olah ada seseorang terkunci di dalam. Dia pun membukanya dan ternampak Zam! Dia pun keluarkan Zam serta-merta.
I knew Zam was in the closet this whole time.
Ah Sing membunuh Detektif Jamal kerana Ah Sing belum habis buat child porn dia hahahha. Eh Ah Sing ni gila eh? Dia tak pakai sarung tangan ke untuk tikam orang? Gila. Kesian sak detektif ni mati padahal dia tak buat apa-apa yang ketara pun dalam drama ni?
Zack cuba memberi amaran kepada Linda tapi si Linda ni dah mnl Zack ah.
Secara kebetulan, si Uncle Bald pun tiba di resort tu. Dia nak mengajak Jeff memancing bersama.
Jeng jeng jeng. Si Linda ni asyik letak phone dia merata tempat eh? Abeh si Mastermind pun jawabkan la hahaha.
Oh no!
Si Linda dia terus tanya kenapa Nemo kat luar hahahaha. Abeh Zack tanya la mana anak mereka.
Hahahaha *dead*. This nenek is literally me. Ya sia, nama dia Uncle Bad la Bald la??
Zack pun memberitahu bahawa Mastermind = Uncle Bald! Mereka mula risau dan gelisah.
Uncle Bald tanya jika Jeff tahu siapa pembunuh Sarah. Jeff kata lah Mastermind. Uncle Bald pun kata bahawa dia lah Mastermind.
NI PUNCAK KLIMAKS NI.
Si dekni nak balas dendam berapa kali eh? Cukuplah kau bunuh Sarah!
Linda suruh telefon pihak polis tapi diorang dua taknak. Kenapa hanya Linda sahaja yang boleh berfikir secara waras?
Mastermind memaksa Zack untuk pilih satu antara dua. J atau Z. Kededua wanita terdesak dan memekik bak kuntilanakz. Mereka mahu anak mereka diselamatkan.
???? MENGAPA Z OH ZACK?
Muka kehampaan.
Tu la anak sendiri sak. Tapi kalau dia pilih J nanti Nemo pulak marah dia. Bingung.
Oh, Zack ada plan B untuk Jeff. Dia memberi alat pengesan kepada Linda untuk mencari Jeff.
Mereka khuatir. Ini kerana Zam/Jeff disimpan dalam peti ais. Kalau lambat, mereka mungkin mati kerana kesejukan. Hypothermia la.
NI SKRIP PALING MEREPEK NAK BERLAGAK EKSYEN KEMIZTREE SAK.
Nemo tanya jika Zam mungkin mati kerana kekurangan oksigen. Tapi Zack kata tidak, Zam mati kerana kandungan karbon dioksida yang berlebihan dalam peti ais tersebut. Ini kerana Zam bakal breathe out CO2.
Isn’t that just another explanation of lacking of O2??? You lack of O2 because CO2 displaces O2? So jangan nak step saintifik.
Eh Zack ni? Dia punya penyakit gtg. Kenapalah mereka tak panggil SWAT team ke apa? URGH.
Yay mereka terjumpa huruf Z!
Syukur, Zam masih hidup!
Mastermind menjemput Zack ke bumbung untuk melihat pembunuhan Jeff.
Wah, sanggup eh si Mastermind ni? Selamat Datang segala.
Mastermind amat terkejut dan mula cuak kerana Jeff sudah tiada dalam peti sejuk! Mana dia?
Siak ah si Zack tu macam ninja seh hahaha.
Memang BINATANG si mastermind ni!
Sedap sak Zack cekik dia.
URGH.
Diorang masih nak bergaduh?
Si Zack dalam keadaan tak stabil masih nak bergaduh ah?
Silat batin ke, Zack?
???
Lol pengsan.
YES AH LUCKY SAVE THE DAY.
Sebelum itu, Linda dengan beraninya mencari Jeff sendiri! Yaaaas.
Eh si gemok ni. Tak cukup record Zam? Jeff pun nak?
Syukur, Jeff selamat! Dan masih bernyawa.
Lucky pun attack si gemok tu dengan taser hahahaha.
Si Lucky ni kaki dia ok ke tak? Pakai tongkat abeh? Ke dia tak boleh berlakon watak kaki patah?
Reunion.
Kau tengok tu, Mastermind sedang rehat di rumah saksikan CCTV footage.
Mastermind pecah masuh home base dengan senangnya.
Oh, ye ke?
Mereka memanggil SWAT team untuk menangkap Mastermind.
Tapi yang ditangkap tu Ah Sing.
Dia fikir doktor tu tuhan ke?
Ekcili, Zack mati pun bagus hahaha.
MACAM MANA DIA MASUK??? Merepek sak cerita ni. Abeh si Osman Bin Sabtu terus jalan.
???? Akhirnya, Zack yang bersalah? Ini kerana kesemua bukti-bukti menunjukkan bahawa Zack yang merancang segalanya? OMG I can’t?? Dialah yang bunuh budak tak bersalah, bekas rakan kerjanya dll? OMG?
Si Nemo tak bela dia ke? Kan aku dah kata! Sebenarnya, si Nemo ni bukan peguam bagus. Tu pasal dia ada khidmat ekstra untuk kliennya.
Tapi takpe lah, biar dia meringkuk bersama Olio hahaha.
Abeh si Osman/Bald/Mastermind dah balas dendam terus jadi tukang sapu sampah…
MEREPEK SAK? Entah la eh cerita apa ni. Memang takde unsur logik langsung. Tahukah anda bahawa tracking device tu satu jenayah? Ini kerana anda mencerobohi keperibadian seseorang? Asal Zack didapati bersalah membunuh Jamal eh? Padahal Jamal kat rumah Mastermind apabila dibunuh! Dan juga Zailani? Merepek sak. Takkan diorang tak investigate betul-betul dengan teliti? Nemo srsly tak boleh harap eh? Cos dia tau Zack tak mampu bayar khidmat dia.
Abeh perhubungan Zack dan Linda bagaimana pula? Nemo masih nak jadi peguam ke? Si Mastermind jadi tukang sapu apa hal. Gila. Pada pendapat saya, lebih afdol jika Mastermind membunuh Linda kerana dia kehilangan anak dan isteri pe. Hahaha. Dah la, cerita merepek. Bintang kerelevanan: 1/5. Kerana ia mengetengahkan isu keselamatan hahaha. Tidak boleh dinafikan bahawa ia cerita yang menarik dan mengajak penonton untuk always look forward tapi kecewa ah. Gila sak. Pls. Bye.
I was expecting more, Jason Chong.
Ikuti saya di ruang media sosial!
Twitter: https://twitter.com/Pengkritique
Fesbuk: https://www.facebook.com/pengkritiksandiwara/
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] ARIATI TYEB PAPAR. Kali terkahir beliau muncul di TV adalah PIZ tapi sebagai watak sampingan je. Ni dia diberi watak utama! Yay!! Penulis skrip Wan Firzaleenazrah […]
LikeLike
[…] PIZ […]
LikeLike
[…] jenayah-thriller!Suria ada banyak drama jenayah-thriller. Antaranya P.I.Z., Firasat, SR115 dan banyak lagi. 7 Penjuru pun drama jenayah yang penuh aksi dan teknologi bedek […]
LikeLike