Pa$al Duit: Episod Akhir

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang masih terkenang akan masa silam pada tahun 2015. Seperti si Ahmad Cermat ni yang teringat-ingatkan masa lalunya apabila dia berbisnes.

Apa yang terjadi pada episod lepas eh? Dia ke rumah Radhiah dan ternampak foto keluarga. Arwah bapa Radhiah pernah bekerja untuk Ahmad. Tapi muka dia cuak. Kenapa eh? Jom kita baca!

Kalau youalls nak baca episod-episod lepas, klik di sini: episod 1, 2-4, 5-7.


 

Episod 8

IMG_7726

Ahmad pun memberitahu mereka bahawa bapanya dahulu bekerja untuknya di Aliran Events Company. Mereka pun kata wow kebetulan eh dapat jumpa Encik Ahmad la apa la.

IMG_7727

Syarikat Ahmad semakin hari semakin merosot dan terpaksa berhentikan arwah Jamil. Ahmad bertanya jika Jamil dapat cari kerja ke tidak setelah diberhentikan. Isterinya kata Jamil kemurungan dan jatuh sakit. Sehinggakan dia lumpuh. Lama-kelamaan, keadaan menjadi lebih teruk dan Jamil pun meninggal dunia.

Setelah itu, isteri Encik Jamil terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.

IMG_7730

Malam itu, si Ahmad mengigau? Kata-kata isteri Encik Jamil asyik bermain di fikiran si Ahmad ni. Hmm.. Kenapa eh?

IMG_7731

Mengigau sampai lambat ke kerja! Muka nampak letih dan buruk macam Probiscis monkey.

12-2bep42bchewing2bproboscis2bmonkey2

Tapi aku rasa monyet ni lagi mulia.

IMG_7732

Encik Ali sekarang amek diploma pulak. Haritu kata nak pencen??? So… Dah dapat diploma nak sambung kerja ke? Pelik.

Saya amat percaya dengan “belajar sepanjang hayat” tapi ni macam cuntflicting objectives?

IMG_7736

Oh oh, Sulaiman dapat tahu tentang kad kredit si Rizyan ni. (dah episod terakhir baru saya dapat tahu nama dia)

Dia pun mula memarahi isterinya dan kata “isteri jenis apa ni”. Duh! Tak sokong suami dan keluarga dalam masalah kewangan ni! Pentingkan diri sendiri. Kau tu dah berumah tangga. Harus memberi dorongan serta sokongan kepada suami dan suami pun begitu juga ya pada isteri.

IMG_7737

Tapi si dekni kata Sulaiman tak bagi cukup duit? Tak bagi beg, makan mewah, cuti segala. HUH? Kau kahwin nak ni semua, baik kau jadi pompan jalanan sak. Itukah erti kebahagiaan untuk kau?!

Abeh dia kata dia masih lawa, seksi la. Ramai mamat kaya pasti nak kan dia. Tapi dah longgar, sis.

tumblr_nd96akl4501tf9jh0o1_5001

Dia ni apa nak harapkan suami untuk benda yang dia nak? As a feminist, I just can’t @ her!! Memanglah tanggungjawab seorang suami itu untuk memberi KEPERLUAN kepada isteri tapi kalau isteri nak kan sesuatu yang luar daripada kemampuan suami, attack je nonokz dia.

IMG_7738

Kau fikir kau Elsa nak let it go?

IMG_7739

Maria cuba berbual dengan Rizyan agar dia dapat tersentak sikit. Maria pun bertanya jika kebahagiaan terletak kepada kebendaan material.

IMG_7740IMG_7741

Sulaiman bertanya jika maknya akan jual rumah tersebut. Mak dia kata no no sebab Ahmad Cermat dah bagi nasihat. Ia akan hanya merumitkan lagi masalah dan memecahbelahkan perhubungan keluarga.

Yaaaas mak. Serkop butang mana?

IMG_7742

Wah wah wah. Buku elektronik Encik Ahmad sudah sedia seh.

IMG_7744

Wow sudah bersiap sedia untuk bernikah. Tak payahlah nikah. Co-habitat sudah. Hahahahaharam.

Tok Kadi tunggu berjam tapi Ahmad tak tiba juga! Kenapa eh?

IMG_7745

Memang tak patut pun! Si hati Ahmad bukan dengan kau Yati!

IMG_7746

Mungkin kerana Maria? Hmm… Tapi bukan! Ahmad kata sebabnya adalah kenapa mereka bercerai dahulu…

IMG_7748

Tersebut alkisah… Dahulunya, Ahmad pernah gelapkan wang syarikatnya! ASTAGHA. Ni macam kes City Harvest Church dan Ren Ci (adakah ini masalah kaum majoriti? Oh wait, mereka orang-orang sempurna dan masalah mereka tiada kaitan dengan kaum mereka). Kenapa Ahmad terdesak eh?

Dalam babak ini, Encik Jamil bertanya di manakah duit yang dibayar kepada supplier tu. Siapa dan apa supplier itu buat.

IMG_7749

Dia berbuat demikian untuk menampung hidup keluarga apabila syarikatnya sedang bermasalah. Yati pun terkejut beruk sebab Yati suruh Ahmad buat sesuatu dan bukan mencuri!!

IMG_7750

Dengan senang-wenang Encik Ahmad tuduh Encik Jamil eh? Dengan suka hati dia buang Encik Jamil. RUDE Ahmad!!

Ahmad berkata bahawa dia ingin melaporkan diri kepada polis.

IMG_7751

Ahmad memberitahu bos besar bahawa dia akan berhenti kerja. Bos besar pun kata dia dah ada kontrak kat KL semua!

IMG_7752

Ahmad memberitahu kisah sebenar. Bos dia macam mnl abeh terus jalan? Hahahaha.

IMG_7753

Maria terdengar perbualan antara Ahmad dan bos besar.

IMG_7755IMG_7756

Remuk hati Puan Norsiah ni. Ahmad memberi wang tapi mereka tak pandang langsung. Jangan nak eksyen lah, Ahmad keluar rumah je korang bukak sampul tu kan?

IMG_7757IMG_7758

Ahmad cuba menerangkan Ika akan keputusannya untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa. Namun, Ika masih dengan pemikiran idealnya untuk hidup sebumbung sebagai keluarga bahagia. Eh Ika ni sebenarnya mempunyai mentaliti seorang budak 7 tahun eh? Lepastu dia berambus dan berkata dia benci Papa dia?

IMG_7759

Si dekni macam suka je yang Papa dia nak masuk penjara? Atau mungkin dia sedar sebab dahulunya, papanya juga menyuruhnya untuk melaporkan dirik kepada polis tentang isu tailong tu.

IMG_7760

Arif pun menolong papanya untuk merakam video YouTube terakhir. Sebuah video bertujuan untuk meminta maaf kepada semua.

IMG_7761IMG_7762

Suasana amat sebak sekali.

IMG_7763

Para calefare pun tepuk untuk Ahmad. Sesungguhnya mereka akan kekal jadi calefare sebab berlakon kaku macam ais beku.

IMG_7764

Wow polis tak sabar nak tangkap Ahmad ke?

IMG_7765

Polis apa pakai topi macam ni eh?

IMG_7766

KESIANNYA MARIAAAAAA. Adakah cinta mereka berakhir begitu sahaja?

IMG_7767

Ika meminta maaf. Mereka berjumpa papa mereka buat kali terakhir.

IMG_7768

Sedih pulak cerita ni.

IMG_7769

TAMAT. (dengan begitu sahaja)


 

Secara jujur, saya berpendapat bahawa ia berakhir dengan secara realistik sekali. Ini mengingatkan kita kepada awal drama ini, bukan. Mengapa Ahmad mati-mati tanak buat rancangan Pasal Duit. Bukan kerana dia muflis tetapi sebab utama adalah kerana dia sebenarnya seoang penjenayah. Dia sebenarnya takut jika rahsianya terbongkar. Tetapi, dia sendiri yang secara sukarela dengan penuh dukacita mendedahkan rahsianya yang dia simpan selama ini.

Mungkin syarikat Ahmad lingkup kerana diri Ahmad dan bukan syarikatnya yang semakin merosot? Hmm…

Dalam episod terakhir juga, kita dapat lihat bahawa Ahmad seorang yang amat berprinsip. Beliau tidak boleh hidup sebagai seorang penjenayah yang bebas. Dia mahu menjadi seorang bapa yang baik untuk kededua anaknya. Dia mahu jadi contoh yang sempurna. Dia juga bukan seorang hipokrit. Mungkin dengan menyuruh Arif untuk melaporkan diri kepada polis, dia pun tersentak juga? Dia seorang yang mempunyai pendirian teguh kerana tidak menikah dengan Yati semula semata-mata untuk membahagiakan Ika.

Perhubungan Ahmad dan Maria pula bagaimana? Kesian aku tengok si Maria tu. Hais.

Apabila di penjara, Ahmad Cermat masih lah boleh buat video YouTube eh? Tapi bukan Pasal Duit.

Pasal Penjara. Bagi tips bagaimana untuk mengelak pergaduhan di dalam penjara. Ni penting, kalau tak kenek bunuh dalam jail macam cerita 31 Disember tu… Huhu.

Itu sahaja daripada saya! Bintang kerelevanan bagi drama ini…4/5 sebab ia menengahkan isu-isu kewangan. Wang memanglah penting ye!

Ikuti saya di ruang media sosial!

Twitter: https://twitter.com/Pengkritique

Fesbuk: https://www.facebook.com/pengkritiksandiwara/

Pengkritik Sandiwara 

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

 

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s