Salam Mac semua! Ok so saya baru sahaja habis menonton episod terakhir Firasat 2 dan saya akan menulis thoughts saya mengenai drama ini secara keseluruhan.
First things first, sebab mengapa Maya melakukan ini semua (menculik Gifted Ones dan mempergunakan mereka) adalah kerana dia ingin membuktikan bahawa dia sebenarnya superior??? Tiada motivasi politikal atau pun sebab yang lebih munasabah ke? Next.
Kedua, memang benar Kasimir (aka Jimmy) mampu mengesan para Gifted Ones dan oleh itu, dia mempunyai sekumpulan “army” yang menolongnya apabila dia raid The Facility. Tapi apakah motivasi “army” Kasimir untuk menolong Kasimir? Why did he even put on navy pants??????
Ketiga, kenapa Firman tidak buang sahaja baju bunga-bunga Erlina? Kalau dia buang, habis cerita. Selain itu, pada episod 7, kuasa firasatnya begitu bagus sekali sehinggakan it’s too convenient like it happened because the season is ending so ya let’s make Firman powerful urgh.
Kenapa kuncu-kuncu Maya semua mempunyai kuasa yang hampir sama? Iaitu mempunyai kuasa untuk memanipulasi pergerakan orang lain/telekinesis?
Apakah rancangan Maya sekiranya dia berjaya mendapat Firman dalam genggamannya? Gunakan Firman untuk mesin Kronosnya?
Dari manakah datangnya bom yang diletupkan oleh Kasimir? Mengapa dia korbankan dirinya?
Secara jujur, saya lebih suka musim pertama berbanding musim ini kerana ia lebih straightforward. Musim ini agak mengelirukan tetapi pada masa yang sama agak berlainan dan mampu menaikkan taraf mutu/isi drama Suria so SYABAS.
CUMA…. Product placement takmo banyak sangat ah macam merepek. Dan juga pls hire better calefares/pelakon sampingan la urgh. Tengok mereka menggunakan kuasa mereka sungguh tidak meyakinkan!
Tak sabar untuk musim ketiga!
– Pengkritik Sandiwara
P.S.
[…] jenayah-thriller!Suria ada banyak drama jenayah-thriller. Antaranya P.I.Z., Firasat, SR115 dan banyak lagi. 7 Penjuru pun drama jenayah yang penuh aksi dan teknologi bedek yang belum […]
LikeLike
[…] episod-episod yang bakal menanti anda adalah Mertua International, Tersalah Firasat dan Tertekan Minyak. Wow, membaca tajuk-tajuknya memang geli hati ya! Kelakar […]
LikeLike