SR115: Episod 6 & 7

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Soalan yang ingin saya tujukan kepada anda semua adalah, korang masih tonton drama ni?

Saya CUBA untuk menonton dan memahami episod 6 dan 7 SR115 tetapi saya amat keliru dan tak reti. Pada mulanya, saya begitu ghairah kerana saya sangkakan drama ini begitu sci-fi sekali! Unsur-unsur futuristik, sains, makhluk asing, teknologi canggih akan diterapkan dalam drama ini. Namun, drama ini penuh dengan teori-teori konspirasi dan unsur-unsur misteri yang agak menyeramkan dan rumit.

Saya juga masih meneka kepentingan setiap watak. Terutama sekali Sierra Seven. Ada seorang pembunuh bersiri, seorang budak, seorang pragawati yang putus cinta, seorang Mat Salleh yang (mungkin) gian, watak Syarif (dia dah mati eh?),  kapten kapal terbang dan juga orang suruhan antagonist.

Mungkin drama ini untuk mereka-mereka yang lebih intelektual? Hmm…

Dan seperti drama Firasat, drama ini juga mempunyai lelaman tersendiri.

Kepada anda yang mengikut drama ini dan suka dengan kelainan yang disaji kepada anda, good for you! Mungkin jikasaya ada masa, saya akan menonton drama ini dengan teliti!

Episod terakhir minggu hadapan, harap-harap ia akan memberi hidayah kepada saya ye?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s