Reviu: Padmaavat

Salam Jumaat, para pembaca setiaku!

Kali ini saya akan memberi pendapat saya mengenai filem Bollywood yang ditunggu-tunggu yang baru sahaja ditayangkan di pawagam malam semalam! Setelah lebih sebulan ditangguh atas sebab-sebab politik, akhirnya ia muncul di pawagam!

Kepada anda yang ingin tahu sama ada filem epik ini lebih bagus daripada Bajirao Mastani atau tidak, JANGAN BANDINGKAN FILEM INI DENGAN BAJIRAO MASTANI. Kalau aku dengar siapa2 bandingkan ni dengan BM lagi…

Antara sebab mengapa filem ini tidak harus dibandingkan dengan BM adalah kerana ia filem yang amat berbeza walaupun genre yang sama.

Padmaavat menerapkan unsur-unsur kelakar, pengorbanan, keberanian wanita, kebanggaan sesebuah kaum, kesombongan seorang sultan yang tekad, peperangan yang petty dan macam-macam lagi.

Secara terus terang, ia amat draggy. Terutama sekali watak yang terakhir apa Padmavati ingin turun tangga…

Saya amat suka dengan keselambaan watak Ranveer Singh. Sebagai seorang Sultan yang gila kuasa dan tergila-gilakan seseorang permaisuri yang tidak pernah dia jumpa, dia betul-betul mabuk kepayang! Padmavati (Deepika Padukone) pula seorang wanita yang berani dan bermaruah. Sanggup melakukan apa sahaja demi negara dan suami tercinta. Dan saya pula terjatuh cinta dengan watak Shahid Kapoor sebagai seorang raja yang penuh dengan tata-tertib, beradat dan berpendirian. Watak-watak yang amat dinamik dalam sebuah filem yang begitu gah sekali.

Dan ini adalah lagu yang paling febrit.

Saya juga rasa watak Malik oleh Jim Sarbh mengingatkan saya watak Lefou dalam Beauty and The Beast yang inginkan Gaston. Seorang sida (eunuch) yang tergila-gilakan seorang alpha male (Sultan).

What is Malaysia/JAKIM akan lakukan? Ban filem ini?

Seara terus terang, saya rasakan pada realitinya. Si Sultan tu kenek tipu dengan Sami tu tau. Saya tak rasa Padmavati selawa apa yang dia katakan (irl). Dia cuma katakan begitu sebab dia nak BALAS DENDAM terhadap Raja yang ikut kata Padmavati untuk halau dia. Pada realitinya, Raja mengahwini Padmavati bukan kerana kecantikannya tetapi kerana Padmavati mempunyai IQ yang luar biasa. Dia juga seorang yang penuh dengan falsafah dan ilmu. Pelbagai ilmu, tak kira subjek apa. Ini kerana Padmavati dikelilingi oleh sami-sami Buddha yang pandai apabila dia dibesarkan. Oleh itu, Raja mengahwininya kerana dia tahu bahawa Padmavati akan add value to his kingdom sebab isteri pertama dia haprak. Tetapi,si Sultan yang bodoh, percaya kata-kata Sami tu. So, dia ikut je padahal dia belum bertemu Padmavati yang cantik rupawan bak bulan… Dia berperang semua for nothing.

YAAAAAAAS WERK.

giphy1

Kepada anda yang belum tonton, GO! It’s also in 3D tapi saya kurang pasti sama ada SG ada 3D ke tak lol. But jangan buang duit untuk 3D…

Secara keseluruhan saya bagi 8/10. Kekurangan 2 mata kerana kesan CGI merepek, macam tahun 2000 punya. Dan juga ia amat meleret. Banyak adegan yang tidak diperlukan. Walaubagaimanapun, ia sebuah filem yang harus ditonton!

Apa yang saya belajar daripada filem ini adalah MEN R TRASH semenjak zaman dulu lagi. Dan penganut Islam dahulunya amat liberal.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s