Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pada hari minggu ini, saya akan menulis kupasan tentang drama meletop bertajuk Kisah Tok Kadi. Jika anda terlepas kupasan minggu lepas, klik di sini!
Episod 4
Terdapat dua ekor/buah (??) patung beruang yang sedang berbincang tentang cinta di adegan pertama episod ini. Comel lah kirakan.
Soalan bonos: apakah penjodoh bilangan bagi anak patung? Seorang anak patung? Sebuah anak patung?
Suara-suara patung beruang tadi dimiliki oleh mereka berdua. Sepasang bakal mempelai. Abang Beruang dan Kakak Mentel. Abang Beruang ni seorang penggemar patung beruang lah.
Satu bilik ada beruang. Setelah nikah, dia ingin berpindah ke rumah besar agar boleh menempatkan beruang-beruangnya ke satu bilik.
Isa merupakan ejen hartanahnya dan cuba sedaya upaya untuk meyakinkannya untuk membeli rumah baru.
Mai ingin surprisekan suaminya tetapi tak menjadi kerana Shahrul ada perancangan lain. Kasihan. Mai agak sedih tetapi tiada apa-apa yang boleh dilakukan.
Shahrul mengajak Kamil bermain bola bersama. Isa cemburu melihat Shahrul dan Kamil semakin rapat. Cemburu tak kenal tempat eh dia???? Padahal Kamil kan understudy (or what) Shahrul.
Abang Beruang inginkan lokasi perkahwinan di luar ala-ala open space manakala Kakak Mentel inginkan conference room. Sebab-sebab yang diberikan adalah kerana dia inginkan tema beruang lah. Tapi macam lame? Tema beruang kat conference room tak boleh, ke? Padahal Kakak Mentel dah tempah tempat tu? Saya ingin tahu berapa lama lagikah majlis mereka yang membuat Abang Beruang ingin tukar tempat. Macam tak masuk akal, sebab episod ini happens so fast pe???? Abeh diorang gaduh macam adegan dari drama kanak-kanak K14.
Shahrul cuba memujuk isterinya.
Malam itu, Shahrul jatuh sakit. Mai menyediakan teh halia (or something) untuk meredakan kesakitan suaminya. Shahrul kurang suka dengan teh halia. Dia meminum sup tom yam yang dimasak ibunya. Sakit hati Mai, wei. Shahrul ni dia tak tau jaga hati wanita eh? Minum je lah dua-dua!
Drama ni gila eh? Abang Beruang, seorang dewasa yang bakal kahwin, meluahkan perasaannya terhadap sebuah patung. Gila. Apa mesej yang dia nak sampaikan kepada penonton? Mesti dah ada JINN dalam patung tu tau!
World.
Mereka berdua berganding bahu agar bisnes mereka maju. Pada masa yang sama, Ainah cuba tanya tentang Kamil.
Kepada anda yang menonton Webisodes, anda pasti tahu sama watak Erwin ni sebenarnya kekasih lama Mai!!! Oh no, apa dia nak?
Abang Beruang mencadangkan sebuah tabung beruang sebagai berkat/bunga telur. Tetapi ibunya tidak setuju. Sampai nak merajuk segala. OVER SAK!!!!! Rilek ah. Boleh tak setuju dengan cara baik, kan?
Ibu dia masuk bilik, tutup pintu dan keluar dengan ini. Biskut coklat (or whatever) berbentuk patung beruang. Hmm… Saya ada beberapa soalan.
Mak dia dah simpan makanan ni dalam bilik berapa lama? Seminggu? Sampai dah basi?
Dia tunggu masa sesuai untuk buat dramatic punya effect eh nak kenalkan bunga telur ni?
Siapa buat/beli? Buruk.
Abang Beruang setuju dengan berkat ini.
Isa tercakap tentang bilik beruang. Kakak Mentel terus marah la sebab dia fikir Abang Beruang nak pindah semata-mata untuk beruang dan bukan untuk diri mereka. Abang Beruang cuba menjelaskan bahawa dia inginkan rumah besar untuk masa hadapan jika ada anak.
Malang sekali, musim kedua Kisah Tok Kadi tidak ditaja oleh Air Anugerah. Mari sama-sama kita sujud syukur kerana Air Anugerah adalah kesan satu penipuan yang menggunakan kesan plasebo.
Untuk menambat hati kliennya, Isa menolong Abang Beruang untuk memindahkan beruang-beruangnya ke lokasi majlis. Semasa dia mengangkat kotak-kotak ini, beruang-beruang terjatuh. Di pun memungut beruang-beruang yang terjatuh tetapi dia lupa mengambil beruang di dalam kotak belang-belang tu… Mampus.
Ok, dalam adegan ini, dia terjatuh semasa dia nak pergi dari arah kiri ke kanan. Abeh bila dah pungut beruang, dia ke belakang… So dia nak pergi mana eh???????
Kesian Shahrul jadi bahan kenek pinjamkan kereta.
LOL. Tu pun masih nak beruang?
Mereka mencari beruang yang hilang. Pada masa yang sama, Shahrul memberi syarahan sentap. Dia menasihatkan Abang Beruang untuk memberi perhatian kepada bakal isteri.
Ok, kenapa dia over? Kenapa semua watak dalam episod ni over???????? Dia tahu dia akan bernikah dengan seorang yang gila beruang abeh macam tak boleh terima kenyataan yang bakal suami dia gilakan beruang?????? Untuk pindah ke rumah besar agar ada bilik sendiri (tanpa beruang di dalam bilik) is a good thing pe???? Apa hal kau nak batalkan perkahwinan. Gila. So kau nak duduk dalam rumah ni dalam bilik penuh beruang? FIKIRLAH OTAK.
Ni saya on Kakak Mentel punya side. Dia balik je tanya pasal beruang tak tanya kenapa dia ada kat rumah dia. Reflek!
Abang Beruang pun menjual beruang-beruangnya… Melalui Twitter…
Kakak Mentel ternampak tweet itu dan tersentuh gitu. Mereka tetap jadi kahwin.
Err… Eh? Sekarang kita tak mengalu-alukan kedatangan Tok Kadi ke? Setahu saya, masih ah. Mungkin Tok Kadi dulu kata tak payah, jangan buat susah-susah nak teman dari kereta abeh balik ke kereta, tu pasal. IDK how true this is tapi masih ada segelintir yang tetap lakukan “tradisi” ini.
Lafaz pertama kurang berjaya kerana dia nervous. Lafaz kedua baru sah. Setelah itu, Shahrul ceramah tentang tolak ansur dan perubahan. #SENTAP
Eksaited la tu nak jual rumah.
Dia nak bukak kedai berdekatan dengan kedai Mai, ke?
Di pejabat Mai, Isa menghantar mesej kepada Shahrul mengatakan bahawa dia ternampak “kekasih lama” Shahrul, Siti. Mai terbaca mesej itu! Mampus!
Apakah Mai akan sembunyikan perasaan kecewanya? Akankah Shahrul memberitahu perkara sebenar tentang Siti? Bekas pakwe Mai pula akan bukak kedai, ke? Ainah pula akan tetap cuba sedaya untuk mengenal Kamil? Isa masih cemburu ke? Huhu.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)