Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam episod terkini Kisah Tok Kadi 2 (#KTK2) kali ini, kita melihat karenah sepasang bakal mempelai generasi milenia yang gila media sosial.
Ni la Melayu, beli barang berjenama sikit je nak menunjuk. Padahal hutang keliling pinggang, lunch break makan sekeping roti je. Nak post kat IG segala. Ok…
Tanpa disedarinya, dia menyuruh ustaz mengambil gambar mereka! Kesian Shahrul sebab terpaksa ambil berkali-kali kerana pertama kali beg-beg berjenama tidak termasuk dalam frame.
Kotak-kotak yang berada di luar pejabat Mai menghalang laluan. Kotak-kotak itu milik bekas tunangnya ekcili.
Mai sedang berfikir sama ada ingin menjalankan urine test untuk periksa sama ada dia hamil atau tidak kerana belum datang bulan.
Makcik kepo ni nampak pregnancy test kit yang BELUM DIBUKA DAN DISENTUH abeh kata Mai berbadan dua????????? ok sure, go off.
Ok, so pasangan minggu ini, si GurlEksyen90 mengawal atau in-charge of akaun IG pakwenya, BoiSuruhan90. Ex BoiSuruhan90 mengeslaid ke dalam DMnya dan si GurlEksyen90 yang jawab??? Abeh nak jumpa? Apa ni? Catfishing???? HUH??????????
Abeh dia sendiri yang annoyed kat pakwe dia sebab ex pakwe dia masih nak slide ke DM?
LOL. Kekeliruan mula berlaku. BoySuruhan90 pun merajuk sebab tak percaya bahawa makwenya tidak percayakannya. Si Wirda pun gila eh nak kan tunang orang yang bakal nikah?????????? Abeh Wirda takde watak lain ke? Mesti perempuan skandal. And her name is Suria???? Pathetique.
Mai tidak menjawab Whatsapp suaminya kerana masih bengang pasal Siti tu…
Gila.
Ke kerja, tapi kerja SHUT DOWN. Hahahaha kelakar. Takkan shut down mendadak tanpa warning eh?
Unsur kebetulan 100/100!
Mereka berjumpa untuk kali terakhir.
Meminta nasihat dari Shahrul. Shahrul menjawab dengan jawapan yang generic la eh? Penuh onak duri blabla yayayaya.
GurlEksyen90 merangkak balik kepada pakwenya.
OK NI WEIRD GILA??? Dah la cukup tak perlu nak jumpa untuk ni semua. Dah sudah bye. Si watak Wirda pun macam mengharapkan sangat tau? Kata dah last jumpa abeh nak step shook bila ternampak mereka berdua di restoran. Dia ingatkan nak makan dengan bekas pakwe dia sorang ke???
Cik Senah pun menghantar tweet serta gambar pregnancy test kit (yang dipetik di pejabat Mai) ke Twitter. Dengan hashtag #BabyTokKadi
Pada masa yang sama, Shahrul memuatkan gambar jeruk ke IG dengan kapsyen “mengidam”.
Dia baru nak berbasikal tapi orang semua dah ucapkan tahniah atas kehamilan Mai. Terkejut beruk dibuatnya…
So pakcik2 ni kata sebab Senah tweet tu. Hmm ok, gambar kotak pregnancy test kit membuktikan bahawa Mai hamil. Sure of course. Dan dengan hanya satu follower, tweet itu viral. Oh wow ok.
Si Isa Perkasa sahaja yang ikut Cik Senah di Twitter. Also, pakcik2 gunakan twitter ke?????? What? Kalau fb/ig aku faham lah. Ni Twitter??? LOL. Maybe sebab kisah-kisah Tok Kadi ni tercetus dari hashtag #diaritokkadi di Twitter so macam nak stay true to its original story eh?
Sebenarnya, kalau pakcik2 tu kata gambar jeruk dengan caption mengidam itu yang membuat mereka fikir bahawa Shahrul bakal menimang cahaya mata, saya boleh terima. Ni setakat tweet Cik Senah yang tak seberapa sak, satu kampung tahu. Merepek.
Mereka akhirnya terserempak!
Bekas tunang Mai, Riyan ada perniagaan buku di sebelah pejabat Mai. “RH Education” or something. R= Riyan, H =… Eew???? Gross ah orang yang masih nak fikir tentang bekas bekas ni semua.
People change, Mai.
Shahrul agak bingit dengan Mai, dia fikirkan pasal Riyan la kan. Cemburu gitew. Mai pun cakap pasal Siti la!
Tapi sebenarnya dia bingit pasal isu hamil tu.
Mai kata dia sendiri tak tau dia pregnant. Mulut celupa makcik kepo tu la!
Si Isa kata dia tak kenal Cik Senah tapi dia sorang yang follow Cik Senah. Hmm k. Dia merajok sebab Shahrul tak bilang dia. Padahal #fakenews
Berbual pasal fake news yang telah kau sebarkan.
Semuanya gadget, you alls. Padahal kotak sahaja.
Syarahan sentap mengenai media sosial.
Kenapa Siti masih wujud di musim kedua? Kita semua tak ingin lihat muka dia. Siti is CANCELLEDT.
Orang lain batal air sembahyang salam je abeh si dekni nak french kiss? Kan dah kenek syarahan sentap! I’m not surprised perkara ni berlaku di dunia realiti ah sebab orang semakin bodoh.
Shahrul menjelaskan situasi Siti. SITI IS CANCELLEDT.
Apa terjadi kepada Mai?
Mai keguguran..?
OK THAT IS ALL. Sorry, I need to pull up my GPA.
– Pengkritik Sandiwara
[…] https://pengkritiksandiwara.wordpress.com/2018/02/06/kisah-tok-kadi-2-episod-5/ — Read on pengkritiksandiwara.wordpress.com/2018/02/06/kisah-tok-kadi-2-episod-5/ […]
LikeLike