Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Oleh kerana sambutan amat memberangsangkan, Singapore Repertory Theatre telah menambah 3 hari persembahan untuk Tuesdays with Morrie!
SRT mengumukan bahawa tarikh-tarikh bagi persembahan tambahan jatuh pada tanggal 8, 10 dan 11 Disember yang akan berlangsung di KC Arts Centre – Home of SRT. Ini merupakan kali kedua (dan terakhir) Tuesdays with Morrie dilanjutkan.
Berdasarkan karya Mitch Albom, Tuesdays with Morrie sebuah pementasan yang menyentuh jiwa, bersemangat dan penuh keceriaan yang mungkin akan mengubah pandangan hidup anda.
Dilakonkan oleh Ramesh Panicker dan Benjamin Chow, pementasan ini mengisahkan seorang wartawan yang menyalin hubungan semula bersama profesor dan mentornya yang menghidap Lou Gehrig’s Disease (ALS).
Apa yang bermula sebagai kunjungan yang biasa bertukar menjadi penghijrahan mingguan yang menukar kehidupan mereka. Selalunya pada hari Selasa, membolehkan Morrie untuk mengajar pengajarannya yang terpenting, iaitu bagaimana untuk hidup.
Diarah oleh Samantha Scott-Blackhall, pengembaraan persahabatan, kehidupan dan ajal akan membuat anda menangis, berfikir, berperasaan dan… ketawa.
Tiket-tiket bagi persembahan lanjutan akan bermula pada 13 November. Lungusri lelaman SRT untuk maklumat lanjut!
– Pengkritik Sandiwara
[…] ini saja, anda boleh tonton Tuesdays with Morrie dan An Actress Prepares, masing-masing oleh syarikat teater setempat iaitu Singapore Repertory […]
LikeLike