Muzikal Put3ri satu m1$+3r!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Apabila mulanya sesi karaoke oleh tiga watak utama dalam muzikal terbitan T3at3r Muzikal Collective ini, memang tidak boleh dinafikan bahawa sis terpegun mendengar lirik yang dinyanyi mereka.

Agak cantik sekali tulisan skripnya dan very the memberi semangat!

Namun, apabila lagunya berterusan, liriknya semakin literal dan seolah-olah sebuah perbualan biasa dengan rakan anda semasa sesi mengopi.

Di manakah kesantunannya? Di manakah makna tersiratnya? Di manakah keindahan Bahasa Melayu kita? Dan ini berlaku dalam kesemua lagu, bukan lagu utama saja.

Selain itu, suara para ‘penyanyi’ dalam muzikal ini bukannya lunak sangat pun. Tidak begitu konsisten. Kadangkala sedap didengar, ada masanya… aduhai, pedih telinga sis.

Dan oleh kerana ini merupakan pementasan yang telah dirakam, sis menaruh harapan yang tinggi terhadap mutu lakonan! Mestilah mantap dan polished.

Tapi sayangnya, melihat raut wajah pelakon Put3ri, terbukti mereka rasa gementar dan agak ragu-ragu.

Bukan itu saja, mutu audio untuk rakaman ini juga tidak setip-top yang sis jangkakan. Mungkin mereka boleh gunakan rakaman suara dan bukan suara ‘live’ untuk memastikan suara penyanyi di pentas tidak terkehel atau terkeluar pitching! Secara terus terang, hanya nyanyian Hidayu Malek yang konsisten sepanjang muzikal ini.


Put3ri, seperti tajuknya, mengajak kita mendalami kehidupan tiga orang puteri Melayu.

Dihidupkan oleh Daya AJ, watak Puteri Bidasari ini menceritakan tentang bagaimana kecantikannya merupakan satu sumpahan!

Lagunya amat catchy and tbh, truly a bop. Tapi… nyanyiannya………………….. no comments, luv.


Watak srikandi Siti Zubaidah yang dilakonkan oleh N.Fiqah ingin darjat wanita disamakan dengan lelaki. Dalam lagu yang didendangkannya, beliau ingin wanita dihargai sama seperti lelaki, di mana wanita juga diharuskan untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Erm… wow feminism, tapi pasti ramai wanita yang akan tidak bersetuju. Kalau sis nak wanita lain pergi NS, volunteer je lah. Tiada halangan pun! Korang boleh pilih antara SAF, SCDF atau SPF.


Punyai harta, kerjaya, negeri, kuasa dan segalanya. Kecuali cinta. Itulah luahan Puteri Wan Kembang, watak yang dibawa Hidayu Malek.

Seperti wanita-wanita moden zaman kini, menjadi wanita yang single tanpa lelaki bukanlah norma baharu. Ia patut dianggap biasa dan tidak jadi bahan perbualan! Bak katanya, ambil anak angkat lagi muai, sis!


Peliknya, tiada apa-apa yang menyatukan tiga watak ini melainkan keperibadian mereka. Iaitu wanita atau puteri Melayu yang berdikari dan berani. Selain itu, masih menjadi tanda tanya mengapa dan bagaimana tiga puteri ini boleh berada di atas satu pentas. Tiada jalan cerita yang menyatukan mereka.

Pementasan setengah jam ini menimbulkan banyak persoalan dan penonton (hanya 5 pada waktu itu) pasti mendahagakan lebih. Sepertinya banyak perkara lagi yang boleh diperkembangkan untuk mengasah lagi persembahan ini.

Jika benar ini sekadar versi online yang pendek bagi muzikal sepenuhnya (fasa 3) apabila Covid-19 telah reda nanti, then sis rasa persembahan ini harus ditonton! About time kita ada muzikal yang menonjolkan kuasa wanita Melayu.

Untuk menjawab mengapa jumlah penonton setakat seberapa, pada pendapat sis, ini kerana orang ramai tidak lagi terperap di rumah. Kami sudah lagi tidak terkurung di bilik kerana sudah boleh keluar dan meluangkan masa bersama teman-teman atau keluarga.

Tambahan pula, syarikat teater sudah mula menunjukkan persembahan di panggung, jadi orang ramai lebih cenderung untuk menonton di depan mata kerana sudah lama tidak merasakan nikmat itu.

Bulan ini saja, anda boleh tonton Tuesdays with Morrie dan An Actress Prepares, masing-masing oleh syarikat teater setempat iaitu Singapore Repertory Theatre dan Wild Rice.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, sis enjoyz the show! Gerak tari para penari dan pelakon amat lembut dan mempersona sekali! Busana yang mereka gayakan serba lengkap dan amat menawan!

Syabas dan tahniah T3at3r Muzikal Collective atas pementasan dalam talian ini! Sekiranya anda ingin tonton Put3ri, tiket-tiket boleh didapati di Peatix!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Gambar tangkap layar T3ater Muzikal Collective)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s