Pesta Pinggiran Singapura M1 2022 tampilkan pementasan maya dan di teater

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tahun depan merupakan tahun ke-18 Pesta Pinggiran Singapura M1 (M1 Singapore Fringe Festival) diadakan.

Dengan temanya ‘The Helpers’, M1SFF 2022 bakal menampilkan karya-karya yang boleh anda tonton di alam maya serta di pentas. Seperti tahun lepas, festival ini di bawah naungan artistik Alvin Tan, Pengarah Artistik The Necessary Stage.

Terdapat 8 persembahan yang boleh anda nikmati, lima daripadanya persembahan dalam panggung dan tiga lagi secara virtual.

Pementasan yang boleh anda tonton secara fizikal adalah:

  1. TheEssential Playlist oleh The SecondBreakfast Company
  2. Rindu di Bulan(明月千里寄相思) oleh Rupa co.lab
  3. Being:息在 oleh 微Wei Collective and Collaborators
  4. 0.01 oleh Goh Shou Yi, Rei Poh &Nanyang Academy of Fine Arts
  5. Screen. Shot. oleh Bound Theatre

Bagi anda yang di luar Singapura, usah risau! Anda juga boleh menikmati tiga persembahan antarabangsa ini:

  1. Borderline oleh PSYCHEdelight (United Kingdom)
  2. IMAGO oleh Travis Clausen-Knight &James Pett (United Kingdom)
  3. OK Land oleh Circle Theatre (Thailand)

Anda boleh mendapatkan tiket-tiket di sini. Bagi persembahan dalam talian, penjualan tiket akan mula pada 7 Disember.

Dengan tema The Helpers, kepentingan kebaikan manusia, keprihatinan terhadap satu sama lain dalam kelelahan yang semakin bertambah dek pandemik yang tiada noktahnya dapat diketengahkan.

Tema ini turut meneroka struktur sokongan alternatif,di mana kita lihat pelbagai daya usaha oleh orang-orang biasa untuk saling membantu orang-orang di sekeliling mereka walaupun jurang akses dan keistimewaan semakin renggang antara masyarakat.

Bagaimanakah tindakan masyarakat terhadap helpers ini dan apakah yang mendorong mereka?

Pementasan mana yang korang nak tonton eh?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Back Alley Media / Bound Theatre)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s