Kupasan Pementasan: Rumah Dayak oleh Rupa co.lab

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Bunyian tersedu-sedu dan hingus yang dihirup.

Begitulah suasana panggung Black Box Taman Warisan hujung minggu lalu apabila Rupa co.lab mementaskan karya mereka buat pertama kali! Ramai yang sebak, berlinangan air mata dan sehingga hingus meleleh.

Bertajuk Rumah Dayak, pementasan yang dijayakan oleh 8 orang pelakon ini mengisahkan tentang belia Melayu yang bermasalah dan disifatkan sebagai ‘mat/minah rep’ oleh masyarakat dalam sebuah safehouse.

Diarah dan ditulis oleh Nessa Anwar, Rumah Dayak mengajak penonton ke dalam kehidupan remaja yang sering kita hukum, nilai atau mungkin benci kerana kelakuan, pakaian, tabiat mereka.

Dalam Rumah Dayak, para remaja bermasalah ini mempunyai tempat berteduh atau tempat mengadu jika mereka tidak ingin pulang rumah kerana sebab-sebab tertentu. Rumah ini dibuka oleh Nahar (Al-Matin Yatim) dan Julia (Farah Lola) yang dahulu juga merupakan belia bermasalah namun kini sudah pun tinggalkan zaman silam mereka.

Tetapi, apa yang akan jadi sekiranya pihak berkuasa ingin bercampur tangan dengan safehouse mereka? Mungkinkah para belia akan rasa selesa dengan kewujudan orang asing yang tidak faham apa yang mereka lalui?

Dalam pada itu, para ‘penghuni’ dalam rumah itu juga ada masalah antara satu sama lain dan masalah mereka tersendiri. Konflik antara wanita – Amira (Tysha Khan) dan Ella (Rusydina Afiqah) – macam tak habis-habis. Asyik gaduh je. Ape yang si Ella buat sampai Amira benci sangat? TBH si Ella ni nak carik pasal dengan semua orang tau? Si Boy (Wan Ahmad) pun dia nak kacau? SMH.

Tapi apa yang ketara adalah Rumah Dayak mengetengahkan kisah-kisah remaja ini kerana masyarakat sebenarnya tidak tahu dan tidak peduli tentang mereka. Masyarakat tidak ingin tahu mengapa mereka berkelakuan ‘buruk’. Masalah yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka untuk mencari role model yang negatif atau terpengaruh dengan benda-benda tak berfaedah.

Dengan mendedahkan kisah mereka yang sering disembunyijan, itu membuat ramai penonton tersentuh kerana akhirnya, kami diberitahu apa yang dilalui mereka. Mereka sebenarnya mangsa dalam situasi mereka. Dan kami sebagai masyarakat tidak pedulikan mereka dan ini akan berlarutan hingga generasi seterusnya dan seterusnya jika tiada apa-apa yang dilakukan.

Apa yang benar-benar membuat mengejutkan penonton adalah pengorbanan yang Dash (Yamin Yusof) untuk selamatkan Shah (Uddyn J) daripada ditangkap kerana menyimpan dadah. Dirinya rasa sebagai tidak berharga, oleh itu dia rela dipenjara kerana dia seolah-olah tiada masa depan.

Gambar: Back Alley Media

Dan apabila rakan-rakan yang lain mengexpose Shah, itu juga adegan yang amat menyedihkan sekali! 😦

Tapi pada masa yang sama, kami berpendapat bahawa terdapat watak yang… tidak begitu penting dalam pementasan ini.

Seperti watak Slim (Ali Mazrin) dan Boy. Tanpa watak mereka, jalan cerita Rumah Dayak ni mungkin tetap sama. Tapi, apa yang penting ialah bagaimana setiap watak mempunyai latar belakang dan cita-cita berbeza. Secara peribadi, watak-watak ini mungkin tidak penting dalam kisah utama tetapi mereka penting dalam menunjukkan bahawa wujudnya beberapa jenis belia yang bermasalah.

That being said, orang ramai seperti dahagakan origin story setiap watak, terutama Ella dan Nahar! Apakah yang mereka lalui? Apa yang membuat mereka sebegitu?

Gambar: Back Alley Media

Anak Metropolitan 3 wished they had this kind of impact.

Rumah Dayak is indeed salah satu pementasan Melayu terbaik tahun ini! Mereka mengupas isu-isu yang jarang ditengahkan seperti mana teater sering lakukan. Sungguh berbaloi sekali tunggu 5 tahun untuk Nessa Anwar menyempurnakan pementasan ini.

Bukan podcast. If you think podcast adalah wadah di mana isu-isu ‘sensitif’ Melayu dikupaskan buat pertama kali, nampak sah tak tonton teater, ye dik? Ketinggalan zaman.

Apa yang kami suka sangat tentang pementasan ini adalah ia amat lucu, sedih dan real. Cara para pelakon menyampaikan skrip juga begitu semula jadi sekali! Dan lakonan mereka amat serasi, macam tengok benda betul, bukan lakonan gitew. Taqod bila diorang pekik-pekik.

4.3/5 ā­ļø

Tak sabar nak tonton karya Rupa co.lab yang lain! Pasti mengusik jiwa.

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s