Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Yes, kami telah pun saksikan Misteri Dilaila, filem seram arahan Syafiq Yusof yang sedang hangat dipertikaikan di socmed-socmed satu Malaya! Katanya, terdapat 2 pengakhiran kepada 1 filem ini. Hais, kalaulah kita boleh lihat 2 jam of Zul Ariffin topless kan lagi berbaloi beli tiket 2 kali!
https://www.instagram.com/p/BuY3FmwBzOr/
Seperti biasa, saya akan berikan ulasan bernas tapi pedas kerana memang tidak boleh dinafikan bahawa inti filem yang turut dibintangi Elizabeth Tan, Rosyam Nor dan Sasqia Dahuri ini hebat dan lain daripada yang lain, tapi ia juga tidak terlepas daripada perkara-perkara yang tidak masuk akal.
Dalam pos ini, saya hanya akan berbual tentang versi 1. Apabila saya telah menonton versi kedua, baru boleh berbual lagi! Also, SPOILERS ALERT!
Pertama sekali, watak Dilaila yang clingy dan inginkan perhatian sepenuh masa. Yes, sis! We get you! Memang men r trash walaupun dia Zul Ariffin……… Sepatutnya luangkan masa bersama but????
https://www.instagram.com/p/BuEZSUxghzM/
Hantu-hantu yang menjelma bukanlah hantu Melayu ataupun hantu Asia tetapi hantu bak monsters yang biasanya boleh dilihat di filem-filem seram Hollywood ataupun di acara Halloween Horror Nights dianjurkan Universal Studios.
Apabila isteri Jeffri hilang, dia tidak ada gambar untuk membuktikan bahawa Dilaila2.0 bukan isterinya. Ini kerana telefon bijaknya telah hilang dan tiada gambar di dalam banglo tersebut. Ok, walaupun cerita ini settingnya masa kini, nampaknya Dilaila dan Jeffri tiada Facebook atau Instagram… ok work! Segala masalah boleh diselesaikan sekiranya mereka melihat gambar-gambar menerusi socmed.
Nampaknya Skop Productions mengupah intern untuk menyunting transitions dari adegan ke adegan yang lain. Intern tersebut amat mahir dalam Windows Movie Maker! Pening kepala dibuatnya.
Berapa banyakkah harta Dilaila sehinggakan dia sanggup kongsikan kepada ramai orang supaya agendanya berjalan dengan lancar? Dan berapa banyak si mereka-mereka dapat agar mereka tutup mulut dan berkomplot? Unsur kebetulan off the charts! Tapi, persoalan ini dijawab apabila watak-watak mendedahkan identiti sebenar mereka. Dan di sinilah di mana lebih persoalan timbul.
Juga, watak Inspektor dan Imam tu semua cekik darah tau???????
Bagi sebuah kawasan yang tidak mempunyai banyak kes jenayah, bagaimana dan mengapa pihak polis ingin meluangkan banyak masa dan tenaga untuk selesaikan kes ini? Kononnya nak adakah Shutter Island feels tapi agak tidak masuk akal. Kerana segalanya berlaku dengan pantas. Manakala watak Leonardo DiCarpio dalam Shutter Island ini telah berada dalam dunia fantasinya berkali-kali.
Secara keseluruhan, apabila menonton filem ini agak annoying sebab semuanya terjadi dengan begitu senang, seolah-olah unsur kebetulan disengajakan. Tapi semuanya terjawab di babak akhir. Apabila watak-watak menyatakan bahawa mereka semua pegawai polis yang ingin mengeluarkan maklumat daripada mulut Jeffri melalui metodologi yang agak luar biasa ini. Jeffri mengaku dia telah membunuh isterinya. Tetapi, para penonton dikejutkan kerana Dilaila muncul semula di akhir cerita.
Siapakah wanita yang telah Jeffri bunuh? Adakah wanita tersebut tukang bersih yang Jeffri upah? Jika anda perasan, watak wanita yang wujud di dalam filem ini cuma Dilaila dan Dilaila2.0, tidak hairanlah jika kesemua wanita di Fraser/Frasier?? Hills tu rupa seakan… Hahahhahaha. So mungkin Jeffri tersilap pandang!
Jika Misteri Dilaila bukan cerita seram/hantu, adakah ia akan mendapat banyak perhatian seperti sekarang? Fikirkanlah. Ini kerana unsur seram (dalam versi1) tidak meyakinkan.
Sepanjang filem ini, saya diingatkan filem Gerak Khas dan juga… Pontianak Menjerit. Kerana persamaannya agak ketara. If Gerak Khas, Pontianak Menjerit dan Shutter Island had a baby… Misteri Dilaila it is.
Saya sarankan anda semua untuk menonton filem ini jika ingin dimindfuckedkan dan dikecewakan! Nantikan ulasan versi kedua!

Tak sangka pulak lagu Rasa Sayang tu boleh membuat bulu roma meremang!
–Â Pengkritik Sandiwara