Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ok tanpa membuang masa, jom kita menelaah drama sensasi ni!
Epidos 5
Nenek tuduh Syafiq curi barang kemas. Sampai terpikiak dia ambil dadah????? Bila Syafiq pulang ke rumah, mereka adakan sesi konfrontasi. Farah menumpahkan teh dan memberitahu Syafiq berhutang duit! Urgh, the flavour watak Farah posses! Syafiq pun lari rumah. Haritu Mak dia lari, ni anak. Memang hobi eh?
Dia lari ke rumah Cik Kamnya, aka tempat tumpangan dan pusat kebajikan. Hahahaha.
Farah cuba mengorat dengan tunang Idah di tempat kerja. Mess!
Bibik menunjukkan rakaman video Farah bersama pakwe Idah. Ok and?? Si bibik ni ada udang di sebalik batu? Keesokan harinya, Farah mengadu tentang video tersebut kepada Abahnya.
Si Kamsiah ni gian tak menentu tau? Bipolar. Haritu dah rejek abeh dia nak Arif tu balik? Rindu konon. Geli. A love story we do not need.
Karim dipecat atas rakaman video. Padan muka, memang patut.
Farah mengugut bibik agar henti buat kerja bodoh. LOL. Backfire hahaha, kesian bibik.
Hmm.. Kenapa bibik nak masuk campur hal Farah eh? Apa yang dia akan dapat? Kesian Syafiq tu, takde orang bela dia.
Epidos 6
Farah menarik Rizwan ke pangkuannya kononnya jatuh. Idah dan abahnya ternampak, tetiba si Farah step menjadi mangsa kenek cabul. Sekali lagi, Farah menggunakan statusnya sebagai seorang wanita untuk memanipulasi keluarga Salleh. Farahlah sebab mengapa ramai orang salah tanggapan tentang #MeToo!!! Urgh.
Idah menangis pilu… Sedih.
Farah melakukan itu semua kerana ingin mereka semua rasa kehilangan, bagaimana dia sendiri telah hilang ibu dan juga keluarga semasa dia masih kecil lagi.
Farah mengaku bahawa dialah yang meletakkan barang kemas di dalam beg Syafiq, nenek pasang telinga. Nenek sudah mula hilang kepercayaan terhadap Farah! Apa yang nenek akan lakukan?
Farah inginkan pembaharuan di dalam Dulang agar dapat kekal relevan. Benar! Perubahan itu penting! Oleh kerana si Cef Arif tak dengar kata, Farah buburkan garam ke dulang. Pelanggan mengadu dan mereka gaduh besar! Mampus cef gaduh dengan pelanggan. Tapi I live for Farah’s evilness. Salleh menyebelahi Farah, dan kerana hal ini, Arif meletak jawatan… Lingkup lah Dulang!!!
Idah terkenang masa lampau bersama Asraf, eh bukan, Rizwan. (check my ig highlight untuk memahami reference ini)
Nenek cuba mengorek rahsia daripada bibik tentang Farah! Yes, get her Jade. Tapi nampaknya bibik masih tidak mahu menumpahkan teh.
Nampaknya segala masalah di kerja mengakibatkan rumahtangga dan keluarga Salleh porak peranda! Mampus. Taktik Farah berkesan. YES!
Nenek membuatkan sup untuk Idah agar dia sembuh. Yes, we need Suria to normalise mental health!!!! Terima kasih.
In this house, we are not discussing Syafiq’s issue about kes hutang atau aspek cinta kehidupannya sebab lame.
Idah putus dengan Rizwan. Yes. Berpecah belah semuanya! Farah is that bitch, huh?
Rizwan ingin memanggil mangsa-mangsa Farah untuk berkomplot bersama agar dapat menjatuhkan Farah! We stan. Dia ke KL untuk mencari latar belakang Farah.
Syafiq ingin bapanya halau Farah keluar jika bapanya ingin Syafiq pulang kembali. Bapa rasa ini semua dolat atas kelakuannya dahulu.
Bibik mendedahkan segalanya kepada nenek. Nenek rasa salah kerana membawa Farah masuk ke dalam rumah. Seperti dia punca segala masalah!
Entah mengapa nenek selam dalam kolam renang dan lemas sehingga maut. Adakah kerana dia rasa begitu serba salah????? Apa yang akan terjadi kepada Farah sekarang kini nenek tiada untuk bela dia?
Epidos 7
Syafiq balik ke rumah setelah pengebumian nenek dan terus bergaduh dengan Farah.
Rizwan ke KL untuk urusan kerja dan juga pada masa yang sama, menyelidik latar belakang Farah! Wow, bekas pakwe yang bertanggungjawab. Mencuba sedaya upaya untuk kembali bersama aweknya.
Idah memujuk Arif untuk pulang kerja di Dulang kerana tukang masak yang menggantinya tak boleh harap!
Arif dan Kamsiah kini bersama secara rasmi. Plot story yang kita semua tak perlukan. NEXT.
Nampaknya bibik pun ingin bahagian harta yang diwarisi Farah. Hmmm mereka berkomplot ke?
Rupa-rupanya, Farah tidak selamatkan nenek apabila nenek terjatuh ke dalam kolam renang. Ini kerana nenek bersemuka dengannya bersama bukti-bukti kukuh untuk membuktikan bahawa dia seorang SCAMMER dan semasa mereka berdua bergelut nak rampas bukti, nenek terjatuh ke dalam kolam!
Epidos 8
Dalam episod terakhir, Farah telah berjanji untuk kongsi harta bersama bibik. Eh, kenapa eh? Haa… Ini kerana bibik ternampak Farah tidak selamatkan nenek di kolam renang, dan untuk merahsiakan perkara ini, Farah akan membahagikan harta yang diwarisi kepada bibik.
Kenapa Farah yakin dia akan dapat harta? Nenek dah tukar wasiat ke?
Buku cek Salleh hilang dan terdapat transaksi yang tidak disahkan. Jengjengjeng! Kenapa Salleh percayakan Farah sangat ah?
Rizwan bawak Marziah ke Singapura! OMG yes! TEA!!!
Farah menyamar sebagai Aisyah, anak sebenar Salleh. Marziah masih hidup. Farah melakukan ini semua untuk dapatkan wang. Farah rakan baik Aisyah. Aisyah menceritakan segala hal keluarga kepada Farah. So ingat, jangan overshare.
Oleh kerana watak Aisyah, Marziah dan Farah dari Malaysia, saya perhatikan tidak banyak perubahan skrip yang dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka warga Malaysia. Mungkin pengunaan “kot” yang sering dikatakan watak-watak ini sahaja.
Farah perlukan psychiatrist tau sebab dia keluarkan pisau semasa sesi bersemuka??? Gila.
Si Katijah nak Marziah nikah dengan Salleh? Huh for? One night stand yang berlaku 20tahun je kot, jangan nak step I rela bermadu. Pui. Mereka tak cinta pun!!!! Konon boleh biayai Aisyah? LMAO, Marziah tanggung Aisyah sampai besar takde masalah pun.
Salleh ingin bayar nafkah dan kos universiti Aisyah tetapi Marziah rejek sebab dia INDEPENDENT WOMAN!
Arif dan Kamsiah kahwin, ok we don’t need that!
Semasa Marziah dan Aisyah ingin pulang ke KL, Salleh melihat Marziah satu macam. Mesti malam sebelumnya mereka ONS lagi tau.
Secara terus terang, ini drama terbaik pada 2019. Hilang Kasih di Sarejevo tu apa? Tak tau. Saya suka watak Farah yang jahat all the way, bukan macam Janji Arissa, tiber nak taubat? Dafuq. Farah dengan seorang diri memanipulasi keluarga Salleh sehingga tonggang terbalik jadinya. We stan. Plot twist mengejut di mana Marziah masih hidup? Yes! Selain itu, kisah-kisah watak Syafiq dan Arif/Kamsiah tak perlu.
Kecuali kalau ada musim kedua, which saya rasa HARUS. Ini kerana Kamsiah dan Arif kini telah menjadi keluarga Salleh. Seorang cef di Dulang kini seorang ahli keluarga. Adakah dia akan tergoda dengan kuasa dan kekayaan dan ingin mengambil alih dan menukar menu-menu dulang? Perhubungan Aisyah dan Salleh masih renggang, mungkin boleh tunjukkan perkembangan perhubungan mereka di musim 2? Bagaimana pula dengan Marziah, benar-benar tidak perlu dilambai seorang suami? Apa akan terjadi apabila Farah keluar penjara..?
Seri Jaes taksub dengan kahwin-kahwin eh? Semua drama dia ada kahwin.
Kesemua episod Rapuh boleh disaksikan di Toggle!
– Pengkritik Sandiwara