Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Melihat teaser (video serta gambar) drama terbaru Suria, Dualiti, membuat Min rasa tergerak hati untuk menonton drama ini.
Memang tidak boleh dinafikan, Suria baru-baru ni ade banyak drama yang mengaitkan unsur fantasi atau futuristik – adakah ini trend untuk pikat hati penonton?
Min cuba menonton Identiti tapi episod satu je dah bosan. Tapi bagi Dualiti, episod satu mengajak Min untuk menonton episod seterusnya kerana ingin tahu kesudahan drama ini.
Pendek kata, ni macam Murder at Orient Express lah sebab satu daripada sekumpulan kawan ni dah bunuh Sarah (Tysha Khan). Jadi mereka dibawa ke permainan alam maya untuk melalui cabaran demi mencari pembunuh Sarah.
Cuma satu soalan, bagaimana nak sebut Sarah? Cara Melayu ke Inggeris? Watak Sarah sendiri pun sebut Sarah dengan dua cara berbeza. Apatah lagi watak-watak lain.
Cakap pasal Inggeris, Min rasa macam menonton drama bilingual. Nisbah Melayu:Inggeris macam hampir seakan. Min masih tonton Suria, kan?
Bukan itu saja, skrip Melayunya juga agak janggal; bukan perbualan (conversational). Lebih kepada penulisan.
Ade ke patut ada watak tu cakap “nanti dengan pantas” HUH hahahha?????
Terdapat juga adegan nyanyi lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’. Tak pernah Min tengok orang buat camtu secara tiber!
Selain itu, dalam episod pertama apabila mereka baru tiba di gelanggang permainan, mereka semua mirip makhluk hodoh. Apa motif sebenarnya?
Kenapa Eliyana (Sofia Dendroff) bukan pro-choice?
Suria is cancelledt!
Dan seperti biasa, lakonan Hanan sebagai Amira agak mengecewakan. Dia bergerak pun macam tak kena, apa lagi kalau dia bukak mulut.
Sudah pasti Zul bukan pembunuh Sarah sebab dia yang paling banyak songeh.
Selalunya, yang banyak songeh dan step gerek selalunya tak bersalah.
Min rasa watak Deandra (Cassandra Spykerman) pembunuh. Sebab dia macam world. Semua dia tahu.
Atau Rashid (Al-Matin Yatim)? Sebab dia ada hubungan romantis dengan Sarah…
Najib (Salif Hardie)? Hmmm tak kot… Eh MAlaYSia?
Yang penting, polis pun tak dapat cam tau sama ada ni kes bunuh diri atau pembunuhan. Game Master yang dapat cam.
Secara keseluruhan, Min suka konsep ni di mana watak diajak ke alam maya untuk bermain permainan ala-ala Squid Game/Alice in Borderland. Dan mungkin mereka akan mencari loophole atau kelemahan dalam permainan ini untuk menyelamatkan diri mereka.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Mediacorp)
[…] menonton 3 episod pertama Dualiti, Min agak terpukau dengan konsep serta idea drama […]
LikeLike
[…] ini, pelakon Dualiti itu telah menulis Order on the Go, berkisarkan kisah abang-abang dan kakak-kakak […]
LikeLike