Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Min baru habis binge-watch 7 Penjuru di meWATCH dan Min rasa 7 Penjuru ni drama genre polis-polis hebat tahun ni. Tak ingatlah berapa banyak drama polis-polis Suria ada tahun ni, tapi yang ni terbaik.
Min suke jalan ceritanya yang berdasarkan buku fiksyen. Dan tiap kali para pegawai CID nak selesaikan misi, pasti akan gagal dan mangsa akan mati (selalunya)!
Menarik sekali, episod-episod akhir 7 Penjuru! Ini kerana watak-watak yang muncul merupakan pelakon-pelakon yang aktif dalam dunia teater!
Antaranya Rafaat Hamzah, Adlin ‘Alin’ Mosbit, Siti Hajar Gani, Dalifah Shahril dan ramai lagi! In fact, pelakon-pelakon utama juga penggiat teater, seperti Sani Hussin, Siti K dan Bright Ong!
Adakah ini sebab mengapa 7 Penjuru sebuah drama yang meletop? Jika dibandingkan drama lagi satu yang bersiaran di Suria tu, lakonan dan mutu skrip dalam drama 7 Penjuru ini lebih meyakinkan dan realistik. Tengok drama Tai Tai Pokai tu macam tonton Kids Central pulak!
Setiap episod 7 Penjuru membuat penonton tertanya-tanya, siapakah dalang disebalik segala pembunuhan ini? Apakah motifnya? Dapatkah team polis ni selamatkan mangsa?
Peliknya, berkali-kali team ni gagal, mereka tetap jadi team yang diberi misi seterusnya. LOL.
Kepada korang yang dah tonton… siapa K sebenarnya? Min keliru tau!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: meWATCH Suria)