Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Menggegarkan Internet pada bulan Disember ini ialah diva Nusantara kita, Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Di Instagramnya, biduanita itu mengumumkan kehamilan anak kedua dengan gambar potret yang gah lagi menawan.
Bukan itu saja, gambar itu juga mengingatkan orang ramai akan penyanyi terkenal antarabangsa, Beyoncé!
Menulis di kapsyen, Tokti mendedahkan bahawa kandungan anak kedua itu kini sudah empat bulan. Beliau juga meminta agar peminat Dan sahabat serta keluarga mendoakan yang terbaik buatnya hinggalah saat melahirkan.
Nampaknya, Aafiyah sekarang akan dapat seorang adik! Ada hashtag #AdikAafiyah lagi! Oleh kerana dia umum baby ala-ala Beyoncé, Tokti bakal timang kembar ke?
Dan pada 9 malam tadi, Tokti baru saja kongsi MV terbarunya!
Power eh team Tokti, upload Kuasa Cintamu setelah Tokti terima banyak media attention setelah announcement pregnancy dia!
Pengumuman siapa lebih power? Aisiqa atau Tokti?
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Siti Nurhaliza & Beyoncé)
[…] Nusantara, Tokti bakal menimang baby boy! Itulah yang didedahkan dalam video di […]
LikeLike