Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Alhamdulillah! Selesai sudah sesi binge-watch kesemua 8 episod Tai Tai Pokai di Toggle.
Tidak boleh dinafikan, drama terbitan Adara Pictures yang dibintangi Nurul Aini, Bobby Tonelli, Shane Mardjuki, Erwin Shah Ismail, Ainon Talib, Aminah Ahmad, Iskandar Shah, Olynn Salleh, Hanan.S Helme Al-Johary, Sabrina Naser, Al-Matin dan Jasni Ahmad amat mangasyikkan sekali!
Ye lah, plot twist yang bila diorang bincang kes harta Azlan Martins kat mahkamah amat mendebarkan sekali!
Tapi… setelah menonton kesemua episod Tai Tai Berkecai ni… sis ada banyak persoalan!
Kenapa keluarga Martins ni masih boleh bergaya dan makan kat Malayan Council selalu walaupun tidak berwang?
Kenapa ‘roh’ Azlan masih berleluasa di bumi. Ini bercanggah dengan ajaran Islam. Adakah pihak Suria ingin memesongkan akidah masyarakat Melayu/Islam setempat yang menonton drama ini? Jakim tak tapis ke?
Jules ingin membalas dendam terhadap Farah Martins dengan membolot segala harta mendiang Azlan (mendiang sebab takde scene yang menunjukkan dia dikebumikan secara Islam), tapi apakah perancangan Jules sekiranya Azlan tidak meninggal dunia pada malam itu?
Ini menimbulkan kesangsian sebab… Jules sepatutnya disyaki mempunyai niat membunuh, dan tidak harus dilepaskan begitu saja. Memang benar dia tiada hubungan sulit dengan Azlan tapi ini tidak bermakna dia tidak merancang kematian Azlan.
So kirakan apa? Azlan secara kebetulan mampos so Jules boleh kutip harta dia? Kalau Azlan tak mampos, bagaimana Jules nak rampas segala wang Azlan?
Idea musim kedua: Sarah Martins pulang dari Australia dengan sijil guamannya dan membuka semula kes Jules yang mempunyai niat untuk membunuh mendiang ayahnya!
Secara keseluruhan, drama ini reeks of rich people privilege. Memang patut diorang tak guna ‘Tai Tai Pokai’ sebagai tajuk, sebab diorang punya erti ‘pokai’ macam weird.
Sekadar kehilangan rumah. Part kehilangan duit tak ketara pun. Si Sarah ada iPhone 12 Pro berwarna biru, Farah beli vacuum Dyson, masih makan kat Malayan Council.
Dah lah tu, bila nak cari kerja macam malas, tapi tiber kerja diberi pada mereka begitu saja. Terlalu convenient. Kita tak dapat merasakan mereka bertiga merana sebagai orang susah pun!
Si Eva pula taksub dengan dunia socmed hingga lupa keluarganya sedang dilanda musibah. Felt like dia macam not part of the drama pun.
Dan apabila mendapat tahu bahawa Farid bekerja untuk Aurora, mereka semua rasa ‘dikhianati’. HUH? Padahal dia tu menumpang, abeh nak rasa dikhianati? WORDLPRAK!!!!
Si Sarah pulak, kalau dia terhegeh-hegehkan si lawyer tu memang dasar elitist!
Malangnya, mereka bangkit semula bukan kerana tindakan mereka sendiri. Farah dapat tahu bahawa mendiang Azlan ada melabur dalam sebuah resort di Thailand so dapat lah duit sikit. Lebih bermakna sekiranya mereka bekerja keras untuk mendapatkan kehidupan mewah mereka semula.
Ok tu je. Drama menghiburkan tapi……….. boleh diperbaiki.
– Pengkritik Sandiwara
[…] Tai Tai Berkecai itu bernikah dengan suaminya Reedduwan Seherzan, dengan mas kahwin sebentuk […]
LikeLike