Hirzi, Najip Ali dan Suria menang besar di Anugerah Kreatif Akademi Asia

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penghibur setempat terkenal, Hirzi Zulkifli meraih Persembahan Terbaik Komedi atau Best Comedy Performance di Anugerah Kreatif Akademi Asia atau Asian Academy Creative Awards.

Menulis di IGnya, Hirzi berkata, “KORANG SAYA MENANG!!!”

Beliau juga berterima kasih terhadap Comedy Central Asia dan ViacomCBS atas anugerah ini.

Hirzi kelihatan very the anak Kraton diraja dengan busananya yang mengambil ilham daripada budaya Jawa dan Melayu! Inai wayang kulit di tangan serta belakangnya juga amat menarik perhatian sekali!

Pada masa itu, Suria juga telah memenangi Rancangan Quiz, Permainan atau Hiburan Secara Am Terbaik (Best General Entertainment, Game or Quiz Programme) bagi rancangan Suria Elektra 2020 sempena ulang tahun ke-20 mereka.

Najip Ali pula diberi Anugerah Hos Hiburan/Gaya Hidup Terbaik (Best Entertainment/Lifestyle Host) bagi Muzika Ekstravaganza 2019.

Rancangan tahunan Singapura & Malaysia itu juga memenangi Persembahan Tarian/Muzik Terbaik (Best Music/Dance Programme).

Tahniah buat semua pemenang! Semoga seni hiburan Melayu terus berkembang!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Hirzi dan Suria)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s