Kesan patriarki ditonjol dalam Sayang Disayang

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ha, mesti korang terkejut beruk membaca tajuk siaran ni. Ye lah, filem Melayu setempat diarah Sanif Olek yang memenangi pelbagai anugerah antarabangsa ni… pasal patriarki ke?

Sesungguhnya, Sayang Disayang ini merupakan satu seni dan kita boleh mentafsirkan dari pelbagai sudut! Setelah menonton filem ini di Netflix, min rasa min nak bincangkan dari perspektif seorang feminist.

.

Namun sebelum itu, min nak beritahu bahawa ini bukan your stereotypical Malay film, takde sangat skandal, plot yang mengancam atau drama yang merecik, so… kalau kau ni bukan jenis yang boleh tonton filem yang dicap sebagai slow, tak usah tonton!

Kenapa min kata filem ini paparkan kesan patriarki? Well……… sebab watak lelaki dalam filem ini tak boleh berdikari… dan tak boleh diharapkan. Setelah lumpuh dek kemalangan jalan raya, watak Dato’ Rahim Razali bergantung kepada pembantu rumah (Aidli Mosbit) untuk rutin sehariannya, iaitu untuk bermakan saja.

Namun, apa saja yang dimasak pembantu rumahnya, dia tak suka langsung. Terutama sambal goreng, juadah kegemarannya. Seringkali, nasi dan lauk-pauk yang disediakan tidak habis.

.

Bukan itu saja, dia sering terpekik-pekau dan mengatakan kata-kata negatif terhadap pembantu rumahnya dan berkata dia tidak tahu masak walaupun berketurunan Jawa.

Sebenarnya, orang tua berkedut ni amat merindui masakan arwah isterinya, yang meninggal akibat kemalangan jalan raya yang sama. And this is where the patriarchy kicks in.

Oleh kerana beliau seorang jejaka typical, dia pasti tidak pernah mengambil tahu apa yang isterinya lakukan di dapur apabila isterinya masih hidup. Sekiranya dia tahu, pasti dia dapat menolong pembantu rumah itu merubah resipi atau bahan-bahan agar sambal goreng yang dimasaknya seakan air tangan arwah isterinya, kan?

Disebabkan ini, dia merana hingga tidak mempunyai diet yang sempurna. Cuba bayangkan kalau dia ni rajin menolong arwah isterinya di dapur. Pasti dia boleh masak sambal goreng sendiri (walaupun terpaksa duduk di kerusi roda) dan tidak merengek seperti watak ibu yang kempunan makan telur ikan dalam kisah Batu Belah.

Harap maklum bahawa ini adalah kritikan terhadap watak ini dan bukan filemnya, ya. Min rasa filem ini amatlah bermakna sekali kerana ia menonjolkan lauk yang penting dalam masyarakat Melayu kita. Iaitu sambal goreng. Inilah satu cara untuk lestarikan makanan budaya kita.

Kami dapat lihat bagaimana ia dimasak, bahan-bahan yang diperlukan, cara ia digoreng dan sebagainya!

Apabila watak Aidli Mosbit menyediakan sambal goreng, dia juga turut mendendangkan lagu-lagu tradisional (atau in Muzik-muzik terms, irama Malaysia) yang amat sayu dan menghiburkan sekali.

Apa yang membuat min terkejut ialah apabila roh arwahnya macam muncul dan letakkan dua batang cili (or whateva) apabila watak pembantu rumah tu sedang tumbuk rempah. So… kirakan apa? Resipi ni cuma perlukan dua batang cili ekstra untuk puaskan tekak orang tua tu?

Pastu bila filem ni nak habis, baru kita dapat tahu bahawa pembantu rumah ni sebenarnya isteri baru orang tua tu. Mungkin dari perspektif orang tua tu, dia dianggap sebagai pembantu sebab tak masak sedap. (idk ini tafsiran min jek)

Ok tu jek nak cakap. Kalau korang nak tengok, pls do! Ni filem artsy so you’ve been warned!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook Sayang Disayang)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s