Korang mesti tonton Bidadari

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekali lagi, Suria terbitkan drama berasaskan agama dan seperti Kisah Tok Kadi dan 6×7, dan sememangnya ia sebuah drama yang berpotensi.

Berdasarkan kisah-kisah penggalian semula kubur-kubur di Bidadari, drama ini mengisahkan Sha’ari (Suzairhe Sumari) yang melakukan kerja sukarela di Bidadari bersama Ariffin (Sani Hussin) dan Faizal (Shahril Wahid).

Tugas mereka adalah untuk menggali kubur-kubur lama di Bidadari sebelum tanah itu dijadikan tapak perumahan baru.

Apa yang menarik tentang drama ini adalah ia berlaku pada awal 2000-an, jadi penonton boleh lihat dan dengar perkara mahupun kosa kata yang sinonim dengan awal 2000-an. Seperti SMS, teksi dan sebagainya.

Walaupun baru saja dua episod disiarkan, Min rasa drama ini lain daripada drama-drama Suria yang lain. Pasti banyak pengajaran yang boleh penonton belajar daripada drama ini.

Kita dapat lihat bahawa niat setiap individu melakukan kerja sukarelawan ini berbeza. Sha’ari ingin melakukannya kerana ingin beribadah dan memberi contoh kepada anaknya, Ariffin ingin wang tambahan manakala tujuan Faizal masih menjadi tanda tanya.

Drama ini juga penting bagi memperingati tanah perkuburan Bidadari yang sudah tiada lagi. Ia satu daya usaha yang baik sekali dalam mengekalkan sejarah tanah yang bermakna kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Tak sabar nak tengok plot yang akan berlaku dalam drama ini. Bagaimanakah watak misteri Abang Li (Rafaat Hamzah) akan mainkan peranan dalam cerita ini?

Cuma, kenapa ia ditayangkan pada jam 10.30 malam? Suria ni nak kita sokong drama setempat ke tak? Abeh 9.30 ada drama Malaysia mana ntah.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp Suria)

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s