6×7 Musim Ke-2: Episod 5-8

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kini masanya untuk saya rumuskan episod-episod terakhir 6×7 musim kedua! Yay! Cepat, kan saya buat kerja? Maklumlah, banyak masa! Jika terlepas membaca ulasan episod 1-4, klik di sini.

Apakah nasib Khidmat Fitrah dan juga watak-watak dalam drama ini?

Episod kelima:

Dalam kes episod ini, terdapat 2 pewaris yang ingin claim arwah? Ayahnya (yang tidak menjaga arwah) dan juga pakciknya (yang selama ini menjaga arwah), pakciknya juga percaya akan “kurafat” atau adat Melayu yang boleh dianggap tidak sehaluan dengan ajaran Islam, seperti “gunting melinduingi mayat si arwah”, menutupi cermin-cermin di rumah arwah dan sebagainya.

Ini menimbulkan satu isu yang amat ketara dalam masyarakat Melayu/Islam. Adakah drama 6×7 ini memperlekehkan budaya orang Melayu? Seperti di episod kedua, upacara Lenggang Perut tidak digalakkan kerana ia bukan satu kemestian dalam Islam. Dan dalam episod ini pula, adat-adat Melayu yang nenek moyang kita lakukan dilupakan dan diketawakan? Adakah Suria ingin mendorong para penonton Melayu melupakan adat resam Melayu, justeru itu seratus peratus mengikut ajaran Islam secara bulat-bulat dan mengabaikan adat Melayu walaupun ia tidak bercanggah dengan Islam?  Sesungguhnya adat resam/pantang-larang Melayu ada sebab-sebab munasabah. But ok work Suria.

Namakan satu perayaan Melayu yang tidak ada kaitan dengan Islam. Tell me.

Sebuah syarikat pengurusan jenazah yang lain ingin bergabung bersama  Khidmat Fitra agar dapat mengembangkan syarikat mereka berdua. Tetapi, Haji tak ingin kerana Khidmat Fitrah tidak mementingkan ini semua. Yang penting kepuasan ahli keluarga arwah. Sentap!

Suzana malu nak bekerjasama dengan Zul gitu sebab pertama kali kendalikan kes-kes bersama pegawai sosial. Si Zul ni berbual slow ke huh mendak dok. Abeh Mak Suzana ke tempat kerja Zul dan suruh dia jauhkan diri dia daripada Suzana???? Dafuq. Padahal setakat perhubungan profesional je kot. Mak dia masih ah????? Abeh dia cancel date!!!!! sigh bodo. Abeh terus Dr Danish text Suzana??????? Obvious kan Mak dia rancang ni semua. Tapi Suzana macam tak sedar ni semua.

Hairul dan Herman bergaduh lagi lol. Sebab Hairul bawak durian untuk mak dia but dia lupa mak dia ada kencing manis.

Ustazah Gian tidak ingin ibu mertuanya terlalu rapat dengan bayinya kerana dia takut ibu mertuanya possessive sangat. But kan cucu pertama… biasalah. Pada masa yang sama, saya faham apa yang Ustazah Gian rasakan kerana saya juga seorang ibu. Takut pulak anak tu bergantung kepada nenek sehinggakan lupa akan ibu sendiri. Nanti dipanggil ibu dayus.

Episod keenam:

Herman meninggikan suara terhadap ibunya kerana menganggap bahawa ibunya pilih kasih. Dia berikan sebab-sebab munasabah tetapi ibunya step nak merajuk pulak. Menyampah.

Abeh dia mengadu kat Hairul kata Herman tak boleh amek cuti untuk teman pergi pasar. Abeh Hairul kata dia sedang sibuk dengan klien padahal kat gym??? URGH. Ye la jaga badan lawa-lawa lebih penting berbanding jaga hati ibu, kan? Badan lawa pun masih single. Booo, u must be trash.

Suzana dan Laila terserempak Dr Danish abeh si Laila pergi abaikan Suzana????? Dafuq??????? Kita perlukan wanita yang menyokong wanita dan bukan wanita yang membiarkan wanita lain bersama lelaki yang mereka tidak inginkan… 

Suzana terdengar rancangan ibunya nak match up Dr Danish dengan Suzana. Jengjengjeng.

Dalam kes minggu ini, mayat si arwah (seorang bapa) dibiarkan di mortuary selama 12 jam. Abeh si Herman nak ceramah sentap marah-marah anak-anak arwah! Sungguh tidak sopan dan tidak bertempat. Kenapa dia tidak dipecat eh. Urgh! Tapi mungkin dia emosi ah sebab dia rasa macam ayah ada enam anak tak boleh uruskan jenazah apatah lagi dia and abang dia yang terpaksa jaga ibunya gitew. Abeh dia jawab soalan-soalan di Fesbuk pun tak tepat.  Kenapa suruh dia uruskan akaun media sosial Khidmat Fitrah? PECAT DIA! Ahhh… abeh terus terselit kursus-kursus SkillsFuture agar dapat kendalikan akaun media sosial Khidmat Fitrah….. Bagus ea.

Dengan secara tiba-tiba, ahli keluarga (isteri arwah) daripada kes episod pertama tentang si arwah yang meninggal akibat hukuman gantung muncul. Ini kerana video di mana mayat arwah dimandikan telah viral. Eh? Khidmat Fitrah dah lunaskan hutang sebanyak $1500 untuk arwah, dan setelah beberapa minggu, baru kau nak mengadu pasal video viral..? Ok sis. Ni apa berkomplot ke nak korek duit Khidmat FREEtrah aahahahahahahhahah. Dia pun menelefon Suzana. Abeh Suzana macam shook yang video tu viral, konon. Padahal dia pun pernah tonton video tersebut. Suzana sarankan saman syarikat ini. WAIT WHAT. Adakah isteri arwah berkomplot dengan tailong dan peguam agar mereka dapat banyak $$$ dari Khidmat Fitrah?

Ibu Herman melarikan diri…. Uh-oh. Ke rumah Hairul. Herman ke rumah Hairul dan melepaskan segala kegeraman di dada sehingga memberi penumbuk. Bodo tau abang kau peguam sial. Tak pasal-pasal kenek saman.

Episod ketujuh:

Herman membawa masalah rumah ke kerja. Kesian dia kemurungan gitu asyik terfikir tentang ibu dia.

Sekumpulan belia jantan sedang bermain bulu tangkas dan salah satu daripada mereka pengsan secara mengejut. Pelik sekali, walaupun mereka kelihatan seperti abang-abang yang telah tamat NS, mereka tidak melakukan CPR terhadap rakannya yang tidak sedar diri. Tahukah anda bahawa CPR dapat mencegah/melambatkan proses kematian otak? Oleh itu, ia amat genting sekali pada waktu kecemasan apabila sedang menunggu pihak ambulans untuk tiba. Terdapat banyak kelas-kelas First Aid yang percuma di Singapura. Belajarlah CPR! Anda dapat menyelamatkan nyawa. 

Si Pakcik Hairul tu masih ah nak ambil alih Khidmat Fitrah. Ok work.

Herman bersama Haji meminta maaf kepada isteri arwah viral tu. Abeh kenek syarahan hahahaha. Dia dah jumpa peguam abeh masih ah nak berbual dengan diorang all. Tapi alhamdulillah dia tak saman sebab terkenang jasa. Nasib baik la PR cepat ye.

Hairul membawa ibunya ke restoran Itali buat pertama kalinya. Kasihannya…. Tak pernah pergi Pizza Hut? Tu pun secara teknikal restoran Itali pe sebab makanan Itali………. Ibu dia nak Hairul hantar temujanji bersama kaunselor/doktor abeh dia suruh Herman????? Wei fikirlah otak, mak kau dah tinggal kat rumah kau abeh??? Sigh. Abeh mak dia kasi jam pusaka kepunyaan arwah bapak kat Hairul?????? URGH tak betul la. Kononnya untuk ingatkan Hairul untuk luangkan MASA bersama tapi apa si Hairul tahu?

Suzana mengongsi kes video viral itu kepada ibu dan bapanya dan mengatakan bahawa isteri arwah mendapat tahu bahawa video tersebut sudah viral. Nampaknya klien Suzana tidak dapat menikmati client-attorney privilege, eh? Mentang-mentag kes pro-bono. Suzana secara sukarela ke Khidmat Fitrah dan menasihati Haji untuk menghalalkan hutang $1500 tu… Tiber? Klien tak suruh buat apa-apa abeh nak kerja keras. Alhamdulillah la ye.

Suzana berjumpa Zul di tempat kerja dan sarkastik all. Zul pun memberitahu tentang ibu Suzana yang serangnya di tempat kerjanya…

Pemilik syarikat pengurusan jenazah meninggal dan Haji Yanto digesa untuk mengambil syarikat itu. Kesiannya, takde pelapis ke…? Stres aku tengok Haji Yanto ni.

Episod kelapan:

Suzana amat tidak puas hati kerana Zul mendengar kata-kata Hairul (sebab Hairul kata Suzana high maintenance) dan juga kerana Zul tidak mempunyai keyakinan diri. Yes, sis. You deserve better! Suzana pun berterus terang kepada ibunya kerana menyakiti hati Zul dan dirinya. 

Kes minggu ini – bayi 9 bulan yang meninggal didera oleh bapa tirinya. Abeh ada press di hospital. Ok work, hospital kasi press masuk dan kacau ketenteraman pesakit! Kesian orang awam pun kecam ibu bayi ni… Padahal, mereka tahu ke perkara yang sebenar?

Hairul ke Khidmat Fitrah untuk meminta maaf kepada Herman… Betul ke? Atau dia nak tolong pakcik dia agar dapat mengambil alih Khidmat Fitrah?

Ok sebenarnya Hairul ke tempat kerja Herman supaya ibu dia sedar bahawa mereka adik-beradik dah bermaafan dan ibu dia pindah balik rumah Herman. Ini agar Hairul boleh bawak balik minah-minah Tinder date pulang pada waktu malam untuk berjimak. Ataupun jejaka-jejaka Grindr? Sebab dia hot sebegitu tapi tiada love story. Asyik ke jim pulak tu… Dah tukar selera ke? Ni la Suria, bila ada watak LGBT je, kehidupan peribadinya tidak diberi perhatian. WE NEED MORE ACCURATE LGBTQ REPRESENTATIVE!

lgbti-gay-pride-marketing-omr-pagespeed-ce_-zurhclhqi_

Abeh Mak dia balik rumah Herman masak makanan sihat. Tapi dia masak berlambak tau! Kau makan makanan sihat tapi kalau makan banyak tu namanya DAH TAK SIHAT. Pernah dengar kesederhanaan? Fikirlah otak. Macam mana Melayu nak cegah kencing manis, darah tinggi dan kolestrol macam ni?

Yuck la, si Zul ni muncul luar pejabat Suzana abeh berpuisi semua dengan kaktus. Selengeh but comel. Si Suzana ni jual mahal pulak menyampah betul. Abeh terus Suzana bawak Zul balik ke rumah? Mampus. Ghairah betul Suzana ni. Gian. Nasib baik Mak Suzana boleh ngam dengan Zul.

Ustaz dan Haji berbincang tentang pelapis Khidmat Fitrah. Mereka bersetuju bahawa Ustazah Gian layak mengambil alih syarikat ini. YES. Sebuah syarikat Islam yang memberi peluang bagi WANITA untuk memegang jawatan tinggi/menjadi ketua! Saya harap perlembagaan/persatuan Islam di institusi-institusi pengajian tinggi akan WOKE, ye? Presiden Muslim Society tidak seharusnya dikhaskan kepada lelaki sahaja. Apa salahnya jika seorang wanita menjadi presiden? Fikirkanlah. Bukannye suruh jadi IMAM.


Secara keseluruhan, saya suka musim kedua ini kerana ia masih menerapkan unsur-unsur ajaran agama secara sentap tetapi tak begitu in your face. Saya rasa inilah konsep drama yang diminati ramai penonton setempat. Di mana mereka dihiburkan dengan drama-drama cinta, pertelingkahan faham, keluarga dan sebagainya serta pada masa yang sama, dapat belajar sedikit sebanyak tentang Islam. Teruskan usaha ini Suria!

Kes-kes yang dikemukakan juga amat membuka minda. Semoga unsur ajaran yang dititikberatkan dalam drama ini bakal dapat mengubah pemikiran/persepsi orang ramai tentang pengebumian/pengurusan jenazah. Jangan tengok abeh lupa apa makna tersirat dalam drama ni!

Saya juga dapat lihat persamaan musim pertama dan kedua. Iaitu evolusi atau perubahan positif watak-watak musim ini. Jika musim pertama, Farid seorang yang tidak selesa dengan kerja-kerja pengurusan jenazah ini semakin mahir dalam bidang ini, kali ini, watak Herman yang pada mulanya ingin claim pahala mula ikhlas dengan kerjanya. Bukan itu sahaja, secara peribadi, dia menjadi anak dan adik yang memahami.

Watak Suzana pula setelah berhijrah (pakai tudung) pula masih orang yang sama (career-wise) tetapi mempunyai cita-cita dan impian yang agak berlainan. Love lifenya juga alhamdulillah ada jodoh ye.

Bagi Ustazah Gian pula, dia yang dahulu agak rimas dengan ibu mertuanya sudah ada persefahaman. Bagus la tu. InsyaAllah musim ketiga dapat jodoh!

Saya rasa ada kot musim ketiga sebab si Hairul tu dia punya last scene dia tersengih sendirian kat cermin… Apa motif????? Nak ambil alih Khidmat Fitrah bersama pakciknya..? Bagaimana pula syarikat pengurusan jenazah yang telah kehilangan bosnya haritu..?

Natijahnya, (6×7)² = 1764

Terima kasih kerana membaca!

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s