Fakkah Fuzz turut jadi mangsa pencurian identiti di Facebook

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pelawak setempat, Fakkah Fuzz, juga menjadi mangsa pencurian identiti. Nampaknya lewat ini, agak ramai selebriti tampil dengan kenyataan berkata terdapat akan Fesbuk yang menyamar sebagai diri mereka.

Di halaman rasmi Fesbuknya, Fuzz mengumumkan bahawa dirinya sudah buat laporan polis dengan mengongsi laporan tersebut.

.

Fuzz turut menggesa pengikutnya agar melaporkan akaun itu agar Fesbuk dapat memadamkan akaun tersebut yang menyamar sebagai dirinya dan tujuan menipu atau scam. Apabila kami cuba ke URL yang tertera, akaun tersebut tidak lagi wujud.

Dua hari yang lepas, Fuzz sudah pun memberitahu peminatnya bahawa akaun tersebut bukan dirinya dan tiada sebarang giveaway yang diadakan olehnya.

.

Dalam kenyataan sebelumnya, Fuzz juga berkata dia akan membuat laporan terhadap pihak berkuasa.

Semoga siri pencurian identiti dan penipuan ini dapat diselesaikan serta-merta! Ini kerana ramai artis seperti KC, Bonda Bedah & Mak Temah, Michelle Chong dan Sujimy juga menjadi mangsa! Kenapa tiber eh?

Bagi anda pula, hati-hati ok! Kalau korang tiber dapat pesanan kata korang menang hadiah, dah sah scam!! Lagi-lagi kalau kenek klik pautan yang aneh-aneh.

Kita harus celik siber dalam dunia yang bergantung kepada alam maya pada zaman Covid-19 ni! Jaga-jaga!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Fesbuk Fakkah Fuzz)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s