Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Influencers setempat, beware! Kalau korang selama ni buat review makanan di dalam rumah yang setakat dan hanya kata ‘sedap’ atau ‘raging reviews’, mungkin korang harus tukar cara korang bikin content!
Influencer Gen Z kini lebih kreatif dan berani, membawa prestasi food review ke tahap yang lebih tinggi! Iaitu menggabungkan unsur asas food review bersama… perkara yang tidak begitu konvensional.
Personaliti Twitter, Matin Berry (bersama rakan-rakannya), baru-baru ini membuat food review brownies di lokasi yang dikatakan berhantu!
Terletak di Pasir Ris, lokasi tersebut dipanggil Suicide Tower atau Menara Bunuh Diri. Dalam video tersebut, Matin mencuba beberapa keping brownies, meluahkan keenakan juadah itu sambil mengongsi sedikit cerita tentang menara tersebut.
Pada minit 1:12, kedengaran jeritan atau ngilauan. Matin kelihatan terkejut buat sementara, tapi dia menyambung tugasnya setelah itu. Profesional sungguh!
Video tersebut mendapat hampir 17,000 tontonan sejauh ini.
Ramai warganet yang memuji Matin kerana menerbitkan kandungan (content) yang lain daripada yang lain. Pada masa yang sama, beberapa warganet turut berkata mereka terlihat sesuatu…
Betul ke? Apa pendapat korang?
Walau bagaimanapun, kini para influencers setempat harus up the game kerana orang ramai mungkin dah tak heran kalau food review setakat dalam bilik jek!!
Apakah cara ‘baru’ untuk para influencers buat product review? Cube kongsi sikit!
Nampaknya, orang Melayu kita masih taksub dengan alam mistik eh? Kelmarin, video hantu POV tu viral… sekarang ni pulak!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Twitter matinberry // Hype & Stuff)
[…] di Singapura oleh pembikin kandungan Singapura ialah… Malam Seram, True Horror Stories POV, review makanan di lokasi keras dan banyak […]
LikeLike