Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Lepas satu, satu lagi.
Pasangan komedi terkenal setempat, Bonda Bedah & Mak Temah, mengeluarkan kenyataan di Fesbuk mereka mengenai akaun Fesbuk yang menyerupai mereka dengan tujuan menipu.
Menurut siaran Fesbuk tersebut, laporan polis telah dilakukan dan mereka akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya akaun itu tidak dipadam dalam masa 24 jam.
Kami mendapat tahu bahawa akaun ‘Bondabedah-Maktemah’ itu telah dihapuskan kerana URL yang tertera menunjukkan akaun tidak wujud.
Dalam kenyataan media yang diberi, pihak Lepak One Korner Management menyatakan bahawa mereka sedar akan akaun ini dan berkata bahawa mereka tidak membuat sebarang ‘Cabutan Bertuah’. Mereka juga memohon maaf sekiranya peminat mereka menjadi mangsa kepada penipuan itu. Mereka juga berterima kasih kepada mereka yang telah memberitahu mereka tentang perihal ini melalui DM.
Hais haritu KC, ni BBMT pulak… Apa lah! Tiber nak target masyarakat Melayu pulak? Hahaha! Sujimy pun kenek, tapi dia belum buat apa-apa lagi… kot?
Ingat, jangan mudah terpedaya dengan akaun fake ni semua, ok!!!! Periksa kesahihan dahulu. Kalau tak pernah join Cabutan Bertuah macam mana nak menang!!!!
Siapa lagi mangsa kes pencurian identiti eh? Kalau korang tahu, harap kongsi…
– Pengkritik Sandiwara
(Facebook Lepak One Korner)
[…] identiti dan penipuan ini dapat diselesaikan serta-merta! Ini kerana ramai artis seperti KC, Bonda Bedah & Mak Temah, Michelle Chong dan Sujimy juga menjadi mangsa! Kenapa tiber […]
LikeLike
[…] Mediacorp kegemaran ramai, Suhaimi Yusof, juga mengalami nasib yang tidak begitu baik. Sama seperti Bonda Bedah & Mak Temah, Fakkah Fuzz, KC dan ramai lagi, terdapat seorang (or maybe even sekumpulan) individu yang menyamar […]
LikeLike
[…] TikTok iaitu Cef Bob! Antara selebriti yang bakal muncul adalah Fauzie Laily & Syed Azmir, Hafidz Rahman & Zuhairi Idris, Fatin Amira & Fazlyna Aziz, Hans Hamid & Lydia Asyiqin, Izyan Melly & Norman Ishak dan […]
LikeLike