Siri IGTV True Horror Stories tular, cecah lebih 100,000 tontonan!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Lebih 100,00 tontonan diraih dalam siri IGTV yang dimuatnaik pengguna @qryxtiianaqiah di akaun Instagramnya. Apakan tidak, video ala POV (point of view) itu bukan saja menggerunkan, tapi boleh kata agak realistik dan menarik perhatian ramai warganet!

Pengkritik Sandiwara sempat menemuramah individu di sebalik kandungan mampat ini dan bertanyakan beberapa soalan!

Menurut Naqiah, pemilik akaun IG tersebut, penerbitan video-video ini merupakan usaha sepasukan.

“Saya tidak boleh buat video ini seorang diri. Kecuali kalau saya dapat hantu sebenar untuk ikut serta,” kata Naqiah selamba.

Kebanyakan idea, cerita, rakaman dan suntingan dilakukan dirinya manakala watak hantu dihidupkan oleh adik iparnya, Akif Halqi. Selain itu, Akif turut terlibat dalam kesan bunyi, muzik dan sebagainya.

Mungkin ada daripada anda yang mengenali Akif kerana beliau pernah mewakili Singapura di acara K-pop beberapa tahun yang lalu!

“Dia seorang pelakon yang amat hebat sekali sehinggakan saya masih rasa gerun apabila menyunting video walaupun saya tahu bahawa itu dia!” kata Naqiah tentang lakonan Akif.

Untuk membuat watak hantu lebih menakutkan, solekan kesan khas (SFX) dilakukan Nazirah, adik Naqiah. Walaupun beliau tiada pengalaman dalam solekan SFX sebelum ini, memang tidak boleh dinafikan bahawa hantu yang muncul dalam siri IG TV ni amat seram sekali!

“Tanpanya, saya rasa genre video-video saya komedi, bukan seram!” tambah Naqiah.

Masa proses penggambaran juga tidak menentu, tambahnya. Ini kerana ada kalanya rakaman tidak begitu baik dan terpaksa mereka rakam semula.

Suami Naqiah, Aidil Ashrad, juga turut terlibat dalam pembikinan video ini dan disifatkan sebagai orang kuat. Dialah yang memastikan keselamatan dan tukang QC gitu!

Dan untuk merakam kekecohan proses pembikinan video-video ini merupakan tugas Rizal dan Hudah, rakan-rakan suaminya.

Bestnyeeeee, satu keluarga serta sahabat handai bekerjasama untuk video-video ni!! Cute!!

Apabila ditanya mengapa videonya dalam bentuk POV, Naqiah menjawab bahawa POV lebih mudah untuk dilakukan, terutama baginya yang masih ingin berjinak-jinak dalam seni ini.

“POV antara cara penfileman yang terbaik dan paling berkesan yang membolehkan penonton untuk melihat, mendengar dan (hopefully) merasa apa yang telah saya alami,” jelas Naqiah.

Sejauh ini, kisah-kisah yang dikongsi di IGTV berdasarkan pengalamannya tersendiri kecuali satu episod. Namun begitu, beliau akur bahawa episod tersebut tetap mempunyai kaitan dengan dirinya.

Wah… Kalau selalunya kita dengar kisah-kisah seram oleh sahabat atau keluarga, kini kita boleh mengalami kisah seram Naqiah menerusi lensanya sendiri. Menarik… tapi seram jugak!

Ini juga antara sebab mengapa Naqiah memulakan siri IG TV ini. Menurutnya, apabila beliau kongsi kisah-kisah ini, beliau rasa agak terkilan kerana orang lain tidak dapat memahami kisahnya dengan penuh.

Selain itu, videonya juga bertujuan untuk mengingatkan orang agar sentiasa kembali kepadaNya. kerana Dialah yang akan sentiasa lindungi setiap insan.

Awal tahun ini, beliau dan adiknya melakukan cabaran TikTok Wipe It Down dengan sedikit sentuhan mistik di mana mereka membuat hantu menjelma. Puas hati dengan kesan solekan adiknya, Naqiah mendapat ilham untuk teruskan membuat IG TV seram yang beliau inginkan selama ini.

.
Mereka juga ada YouTube, subskrib lah!

Tambah Naqiah, sekiranya tiada kisah-kisah peribadi atau sukar untuk merakam kisahnya sendiri, beliau terbuka untuk melakonkan semula kisah-kisah orang lain pada masa hadapan. Namun begitu, beliau akur bahawa ada risiko melibatkan dalam genre seperti ini. Beliau sendiri pernah mengalami gangguan sebelum, selepas atau semasa penggambaran.

Oleh itu, beliau berkata sekiranya situasi tidak boleh dikawal lagi, beliau harus melakarkan batasan.

Korang dah tonton belum video-video seram oleh Naqiah? Hmm… watch at your own risk lah! Takmu tengok sorang-sorang kalau lemah semangat.

Kepada Naqiah dan pasukannya, teruskan kandungan seram ini ok!! Semoga viral always!!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Gambar tangkap skrin oleh YouTube True Horror Stories POV)

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s