Previu: Teater Ekamatra – Projek Suitcase 2018

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Projek Suitcase oleh Teater Ekamatra kembali lagi tahun ini. Dengan tema “Die Before You Die“, penonton bakal disajikan dengan 4 buah pementasan yang amat berkait-paut dengan kematian (kot)!

Pepatah ini dipilih sebagai tema/fokus Projek Suitcase kali ini kerana pepatah ini amat relevan tak kira apa agama, kepercayaan atau cara hidup. Kematian membawa hikmah dan kebenaran akan apa yang benar-benar penting dan apa yang tidak.

Di bawah adalah pementasan-pementasan yang akan dipersembahkan dalam Die Before You Die:

“FLICKER” oleh Adib Kosnan & Dalifah Shahril

Daripada kelipan (flicker) ini, ketidakpastian yang tidak menentu ini mampu berubah kepada ketakutan. Takut akan kehilangan diri sendiri, perlahan demi perlahan.


“HITUNG” oleh Farez Najid [SG]

Si mati atau si hampir mati “melihat seluruh kehidupannya” apabila hampir mengalami kematian. “Setiap saat”nya dirumuskan dalam 25 minit.


“KISAH LELAKI YANG MENDAPAT PENCERAHAN SETELAH KASUTNYA DICURI DI MASJID PADA SUATU PETANG” oleh Ridhwan Saidi & Roshafiq Roslee

Pertama sekali, tajuk panjang.

Pendek kata, ini kes kasut hilang setelah sembahyang di masjid. Seorang pekerja telah kehilangan kasut, dia pun frust tonggeng cara nak balik ke pejabat. Dia mula fikirkan hubungan antara sepasang kasut dan masyarakat moden. Perkara/cobaan berlaku pada masa kerja dan masa sembahyang. Antara dunia harta benda dan rohani.

“MATI HIDUP KEMBALI” oleh Fasyali Fadzly & Iefiz Alaudin

Seorang jejaka ingin memulakan kehidupan baharu setelah putus cinta. Seorang ibu menasihati anak perempuannya untuk memilih teman hidup dengan betul. Tetapi, apa yang mereka inginkan adalah untuk memakan (seekor) ikan dan meminum (segelas) susu….


Itulah pementasan-pementasan yang diketengahkan dalam Projek Suitcase 2018. Cuma… Lokasi tahun ini adalah Wisma Geylang Serai… Mengapa eh?  Ditaja lagi, uolls! Adakah ini salah satu usaha WGS untuk menarik orang ramai (terutama belia Melayu) untuk ke “hab” Melayu dan meluangkan masa di sana? Ini kerana saya mendapat tahu bahawa WGS telah melakukan banyak usaha agar WGS menjadi the to go place among youths ah… Secara terus terang, ia satu lokasi yang tidak begitu strategik untuk hang out sebab jauh, dan bukan mudah untuk ke sana. Terpaksa jalan… agak jauh dari stesen MRT.

Tetapi, WGS boleh mempunyai cita-cita tinggi! Maklumlah ada Marry Brown di sana so mungkin kakak-kakak foodie akan ke sana!

Projek Suitcase 2018 berlansung dari sekarang hingga 15 Disember. Tiket-tiket berharga $35 seorang. Terdapat harga istimewa jika beli lebih! Klik ci sini untuk dapatkan tiket-tiket anda!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s